Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan Tahun 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2021 akan dikeluarkan pada 3 November 2021 (Rabu) mulai pukul 10.00 pagi.

Calon boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.myuntuk mendapatkan keputusan penuh; atau

  2. Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2021 dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 3 November 2021 dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 9 November 2021.

Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, calon boleh berhubung dengan pihak jabatan pendidikan negeri masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2021.