Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kerajaan negeri Kelantan akan menanggung kos sewaan rumah bagi tempoh tiga bulan pertama kepada 27 keluarga yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Gok Kapur, Kota Bharu baru-baru ini.
Menteri Besar Kelantan, Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bantuan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan mangsa terus terpelihara, khususnya bagi membantu mereka mendapatkan tempat tinggal sementara yang selesa dan selamat selepas kehilangan kediaman akibat tragedi tersebut.
"Pelaksanaan inisiatif ini akan diselaraskan dan diurus selia oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara teratur dan berkesan kepada keluarga yang terlibat.
"Kerajaan negeri amat memahami kesukaran yang sedang dihadapi oleh mangsa dan keluarga mereka susulan kehilangan tempat tinggal serta harta benda dalam kejadian tersebut.
"Justeru, pelbagai bentuk bantuan akan terus dipertimbangkan dan disalurkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan serta kemampuan yang ada," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan orang ramai yang tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.