Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kerajaan Perancis Nyatakan Komitmen Selesaikan Projek LCS – Hishamuddin

Iqbal Yasir
projek lcs
Gambar: Bernama 

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa kerajaan Perancis berniat untuk meneruskan komitmen mereka dan menyelesaikan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Memetik Bernama, pembinaan LCS bakal disambung semula sebaik sahaja semua rundingan selesai pada penghujung Disember ini.

Tambah lagi, projek LCS: Boustead Naval Shipyard telah selesai diadakan rundingan dengan 145 vendor tempatan dan 42 OEM luar Negara.

Terdahulu, kerajaan memberikan fokus kepada projek LCS setelah menjadi kontroversi susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendedahkan tiada satu kapal telah disiapkan walaupun kontrak projek yang bernilai RM6.083 bilion itu memperuntukkan lima daripada enam kapal tersebut disiapkan dan diserahkan pada Ogos 2022 lalu, lapor Bernama.

Sumber: Hishammudin Hussein Via Bernama