Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Bas Henti-Henti melaka
Gambar: Bernama

Kerajaan Peruntuk Lebih RM83 Juta Laksana Program Bas Henti-Henti Di Melaka

Iqbal Yasir

Kerajaan Peruntuk Lebih RM83 Juta Laksana Program Bas Henti-Henti Di Melaka

MELAKA, 29 Okt (Bernama) — Kerajaan memperuntukkan RM83.76 juta bagi melaksanakan program bas henti-henti di Melaka, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata peruntukan berkenaan diberikan kepada syarikat pengendali swasta secara kontrak lima tahun, bagi memastikan perkhidmatan lebih terjamin kepada rakyat.

“Di Melaka ini, kita ada 51 bas yang akan beroperasi setiap hari dengan pelbagai laluan merentasi empat kawasan pihak berkuasa tempatan dan kontrak diberikan kepada pengendali ini selama lima tahun.

“Jadi untuk tempoh lima tahun, pengendali sama, kontrak sama dan ia memberikan satu kepastian kepada mereka (pengendali) supaya memastikan perkhidmatan ini dijalankan dengan baik dengan lancar dan tanpa apa-apa gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti BAS.MY Melaka oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Kampung Morten di sini hari ini.

Loke berkata peruntukan berkenaan merupakan sebahagian daripada bentuk subsidi diberikan kepada rakyat bagi meringankan beban hidup mereka terutama berkaitan aspek pengangkutan.

“Ini adalah suatu perkhidmatan penting dan walaupun melibatkan peruntukan yang besar tetapi ini sesuatu yang wajib disediakan (oleh kerajaan) kerana tanpa kerajaan membantu, mungkin kebanyakan negeri ini tak ada bas berhenti-henti akan beroperasi.

“Jadi kita membuat program ini demi memastikan supaya ada alternatif kepada orang ramai (kerana) ada golongan yang memerlukan bas ini untuk kegunaan harian mereka seperti warga emas dan juga pelajar,” katanya.

Pengguna BAS.MY Melaka warganegara Malaysia turut ditawarkan kemudahan Pas Perjalanan Tanpa Had melalui langganan pas bernilai RM50 untuk perjalanan selama 30 hari.

Tambang percuma turut diberikan kepda golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pelajar sekolah menerusi Pas Konsesi BAS.MY.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Arwah dulu baik orangnya..” Netizen Terhibur Lelaki Minta Sunting Gambar Beri Makan Dinasour, Lain Pula Jadinya

BACA: PLUS Jangka 2.1 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Perayaan Deepavali