Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kerajaan Setuju Teruskan Bantuan PKKP Januari-Disember 2024

Iqbal Yasir
Bantuan pkkp 2024
Gambar: Bernama

Kerajaan Setuju Teruskan Bantuan PKKP Januari-Disember 2024

PUTRAJAYA, 14 Dis (Bernama) — Pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari hingga Disember 2024, kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu, dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri.

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan supaya bayaran PKKP dilaksanakan bagi tempoh Julai 2023 hingga Disember 2023 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.

BACA JUGA: “Cikgu, Boleh Bagitahu Anak Saya, Saya Lapar..” Permintaan Terakhir Ibu Sebelum Meninggal Dunia

Perkara itu susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan itu terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

“Keputusan pemberian bantuan PKKP merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara, selain menghargai sumbangan pesara semasa dalam perkhidmatan,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Sumber: BERNAMA