Siakap Keli
permintaan terakhir ibu

“Cikgu, Boleh Bagitahu Anak Saya, Saya Lapar..” Permintaan Terakhir Ibu Sebelum Meninggal Dunia

“Cikgu, Boleh Bagitahu Anak Saya, Saya Lapar..” Permintaan Terakhir Ibu Sebelum Meninggal Dunia

Hanya mereka yang pernah merasai bagaimana kehilangan orang tersayang akan memahami betapa remuknya hati ketika “rindu yang tiada penghujung”. Di kala usia masih belasan tahun, Amri (bukan nama sebenar) tidak menyangka akan berpisah dengan syurganya buat selamanya.

Terperangkap dalam kemiskinan, keluarga Amri terpinggir daripada masyarakat. Malah tatkala arwah ibunya meninggal dunia, mereka hanya mampu terduduk sayu tanpa hala tuju. Bertahun mengasingkan diri daripada orang sekeliling, mereka tidak tahu ke mana harus mengadu. Mujurlah guru Amri, Cikgu Fadhila setia membantu pengurusan jenazah si ibu

 

“Air Khidmat Terakhir Buat Ibu”

Cikgu Fadhila berkongsi kali terakhir menerima pesanan daripada si ibu ketika arwah sedang terlantar sakit di hospital.

“Ada satu masa ibunya masuk hospital. Arwah buat satu group WhatsApp dengan saya, katanya, “Cikgu, boleh tak beritahu anak saya, saya lapar.”

“Saya beritahu, nanti kak, saya beritahu anak akak lepas saya jumpa dia.”

Siapa menyangka bahawa menghantar air merupakan “khidmat” terakhir Amri buat syurga tercinta.

Lebih meruntun hati, ibunya merupakan tulang belakang dalam keluarga sejak ayahnya tidak dapat bekerja akibat sakit. Pemergian insan bergelar ibu tentunya membuatkannya tidak kaku dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Bila arwah meninggal, saya tersentuh hati kerana suaminya juga sakit dan tidak bekerja melainkan bergantung sepenuhnya pada arwah,” ujar Cikgu Fadhila.

 “Arwah juga tidak mempunyai pekerjaan melainkan menagih simpati di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) bersama seekor kucing dengannya.

BACA JUGA: Kenali Jenis Ular Paling Berbahaya Di Dunia

Arwah juga seorang yang baik dan tidak mengganggu orang disekelilingnya dan hanya meneruskan kehidupan sendiri,” luahnya yang nekad membantu keluarga tersebut.

 

Beliau kemudiannya hadir ke sekolah memohon pelepasan daripada pengetua bagi membantu keluarga tersebut.

Berkat kesungguhan, Cikgu Fahdila berjaya memperolehi bantuan daripada beberapa pihak luar bagi proses pengurusan jenazah arwah ibu pelajarnya.

Berkat kesungguhan, Cikgu Fahdila berjaya memperolehi bantuan daripada beberapa pihak luar bagi proses pengurusan jenazah arwah ibu pelajarnya.

“Bila dah selesai uruskan pengeluaran jenazah, saya telefon van jenazah. Alhamdulillah Allah permudahkan, kita dapat bantuan daripada Masjid Kampung Baru dan van jenazah,” katanya.

Setiap perancangan Allah itu adalah yang terbaik apabila arwah meninggal dunia pada hari Jumaat dan disolatkan selepas solat Jumaat sebelum dikebumikan.

Kasih Seorang Guru Melebihi Batas Kerja

Kisah Cikgu Fadhila ini bukanlah perkara baru di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK). Dengan ratusan murid yang terhimpit kemiskinan di tengah bandaraya, guru-guru SBJK bertindak lebih dari seorang guru, malah mereka prihatin dengan kehidupan setiap anak murid mereka sebagaimana Cikgu Fadhila yang nekad membantu keluarga Amri menguruskan jenazah si ibu.

Bertitik tolak daripada dasar pendidikan untuk semua, pelbagai usaha dilakukan pihak guru dan sekolah bagi memastikan anak-anak ini mendapat pendidikan sewajarnya.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Mengimbau kembali pengorbanan para guru semasa awal penubuhan sekolah ini cukup menyentuh hati apabila guru-gurunya sanggup merisikokan diri memasuki ‘lorong gelap’ untuk mendalami dan mendekati latar belakang kehidupan anak-anak bagi mengajak mereka bersekolah di SBJK.

 

Bukan itu sahaja, bekas pengetua sekolah ini, Encik Zulkernai Fauzi sendiri pernah menyamar menjadi gelandangan dan pernah berdepan dengan pelbagai situasi hitam yang tidak dapat dilupakan demi membawa anak-anak ini mendapatkan pelajaran yang sewajarnya.

Umpama lilin yang sanggup membakar diri sendiri demi menerangi orang lain, itulah gambaran pengorbanan pendidik di alma mater ini. Biarpun pernah diugut dan dikasari, En Zulkernai tetap berani berdiplomasi dengan ketua-ketua gengster kawasan bagi memastikan keselamatan anak-anak murid dan kakitangan sekolah terjamin.

Berkongsi kisah yang sama, pengetua sekolahnya, Encik Zamzuri Abdullah menceritakan pada awal penubuhan SBJK, seramai 42 orang kanak-kanak berjaya didaftarkan.

Kini pada 2023, sekolah ini telah berjaya menarik minat 147 orang murid yang terdiri dari peringkat prasekolah, pendidikan rendah dan pendidikan menengah.

permintaan terakhir ibu

Tiada Yuran, Makan Percuma 4 Kali Sehari

Sebenarnya, SBJK atau Sekolah Bimbangan Jalinan Kasih Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memenuhi sistem dan aspirasi murid.

Pelaksanaan ini juga selaras dengan konsep yang ditekankan oleh UNESCO iaitu Education For All (EFA). Objektif SBJK adalah untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua kanak-kanak terpinggir.

permintaan terakhir ibu

 

Pelbagai kemudahan disediakan kepada golongan ini termasuk kelonggaran pakaian (tidak memakai pakaian seragam sekolah), makanan disediakan, yuran percuma dan banyak lagi.

BACA JUGA: Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mee Kari Laksa Di Ah Mat Kafe

Sejak ditubuhkan pada 2013, inisiatif yang dilaksanakan oleh KPM ini mampu menggilap permata-permata negara yang terpinggir daripada mendapat pendidikan yang sepatutnya selama ini. 

Antara kejayaan dicapai oleh sekolah ini termasuklah semua muridnya yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi 100 peratus lulus pada 2022.

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai SBJK boleh layari di laman web rasmi SBJK ataupun klik di sini.

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?