Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat kepada semua rakyat sekiranya pelanggaran SOP semakin berlelusa.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Kselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media sebentar tadi ketika menjawab soalan media.
Tegas beliau, sekiranya rakyat gagal menjalankan tanggungjawab dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, SOP yang lebih ketat akan dilaksanakan kerajaan berdasarkan saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
”Kita harap kebebasan yang diberi, rakyat akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk mematuhi SOP yang dikeluarkan.
”Tetapi kalau rakyat gagal mematuhinya dan Kementerian Kesihatan merasakan perlu kembali kepada keadaan asal menggunakan SOP yang lebih ketat maka saya tidak menolak kemungkinan perkara ini berlaku,” katanya.
Tambah beliau, KKM kini sedang membuat penilaian setiap dua minggu sekali dan sekiranya ke meningkat kerana pembukaan sempadan rentas negeri dan daerah, maka kerajaan tidak teragak-agak untuk kembali kepada SOP asal.
”Sekiranya pelanggaran terus berlaku sewaktu percutian, ramai yang melanggar SOP di Langkawi sebagai contoh, gambar menunjukkan ramai yang tidak patuh dan sebagainya.
”Kementerian Kesihatan sedang membuat penilaian, selepas kita memerikan kelonggran dengan membuka untuk rentas negeri dan daerah, mereka membuat penilaian setiap dua minggu sekali.
”Kalau selepas dua minggu mereka dapati kes meningkat mendadak tinggi kerana pembukaan sempadan rentas negeri dan daerah ini maka mungkin mereka akan meminta kita kembali kepada SOP asal,” katanya.
Sumber: Sidang Media