Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kerap Pening Kepala Dan Berasa Loya, Hati-Hati Anda Mungkin Berisiko Menghidap Penyakit Jantung

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan berita pemain dari Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah ketika beraksi di hujung babak pertama dalam kempen EURO 2020.

Doktor mengesahkan Eriksen mengalami salah satu masalah jantung iaitu Cardiac Arrest. Tindakan pantas, rakan sepasukan dan pasukan medikal yang bertugas telah berjaya menyelamatkan Eriksen dan kini berada dalam keadaan stabil.

Kejadian mati mengejut kerap dikaitkan dengan masalah jantung, jadi pada hari ini SK nak berkongsi kepada anda beberapa tanda penyakit jantung yang perlu anda tahu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara tanda-tanda tersebut ialah:

  1. Kerap kencing malam

  2. Kebas

  3. Berdebar-debar

  4. Berasa sejuk walau suhu persekitaran panas

  5. Penglihatan kabur

  6. Haus/Dahaga

  7. Sesak nafas

  8. Berpeluh dingin

  9. Pening kepala dan berasa loya

  10. Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan

  11. Sakit dada yang menekan-nekan bermula dari bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher.

Jika anda kerap mengalami tanda-tanda yang disebutkan di atas sila ke hospital atau klinik berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan awal. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Sumber: KKM