Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kereta Bunyi “Ketuk-Ketuk” Masa Belok, Mungkin Ini Puncanya

Nur Alissa
bunyi ketuk-ketuk kereta puncanya
Sumber: Muiz Bidin ii via Facebook
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kereta Bunyi “Ketuk-Ketuk” Masa Belok, Mungkin Ini Puncanya

Tidak dinafikan, kereta merupakan kenderaan pilihan utama yang digunakan oleh kebanyakan orang untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Bukan sahaja dapat mengelakkan daripada faktor cuaca yang panas atas hujan, namun ia juga mengurangkan risiko kemalangan berbanding menunggang motosikal.

Namun, sekiranya kereta kerap digunakan secara kerap khususnya kenderaan lama, pengguna perlu sentiasa membuat servis secara berkala.

Jika tidak, mulalah pelbagai ragam kereta, rosak itu, rosak ini sehinggakan pemilik kereta sendiri tidak tahu keretanya mengalami kerosakan apa.

Tetapi, jika kereta anda mengeluarkan bunyi “ketuk-ketuk” ketika membelok, jangan tunggu lama lagi. Kereta anda mungkin rosak di bahagian ini.

Awas! Bunyi Ketuk-Ketuk Masa Belok

Gambar: Muiz Bidin ii

Kalau masa drive anda dengar bunyi klik-klik bila belok, atau rasa kereta bergegar masa tekan minyak, hati-hati. Itu mungkin tanda CV joint dah mula rosak.

Apa CV Joint tu?

CV joint ni sambung kuasa dari enjin ke tayar depan, tak kira kereta tengah belok atau jalan tak rata, kuasa tetap kena salur dengan lancar.

Ada dua jenis:

1. Inner CV joint: sambung driveshaft ke gearbox.

2. Outer CV joint: sambung driveshaft ke tayar.

Dalam CV joint ni ada:

  • Bola-bola

  • Cage

  • Inner dan Outer Race

  • Boot yang isi grease

Boot tu penting, dia lindung komponen dari habuk dan air. Kalau koyak, grease keluar, pasir masuk, habislah. CV joint cepat haus.

Tanda CV joint nak rosak:

  • Bunyi ketuk-ketuk masa belok

  • Minyak hitam meleleh dekat rim dalam

  • Kereta bergegar masa pecut

Kalau dibiar, kuasa dari enjin tak smooth, tayar pun boleh ‘lari’. Jadi jangan pandang ringan, jaga baik-baik, tukar kalau dah mula rosak.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Muiz Bidin ii via Facebook

BACA: Langkah-Langkah Beli Pas My50 Guna TNG eWallet

BACA: JPJ Lanjut Tawaran Bayaran Kadar Kompaun Khas Flat Rate RM150

BACA: Kanser Tak Halang Graduan Berdiri Gagah Di Pentas Konvokesyen