Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kereta Kebal Milik Israel Ditawan Rakyat Palestin
Satu video yang dipercayai memaparkan rakyat Palestin tawan kereta kebal milik Israel telah tular di media sosial.
Video berdurasi 48 saat itu memaparkan kereta kebal milik tentera Israel yang dikenali sebagai Merkava Mark IV telah rosak dan terbakar.
Rakaman yang dimuat naik oleh agensi berita bernama RT itu turut memaparkan sebilangan rakyat Palestin merentasi sempadan di selatan negara tersebut.
Tidak dapat dipastikan berkenaan di mana kejadian video tersebut, namun apa yang pasti Hamas dan Israel kini dilaporkan sedang berbalas serangan.
Ketua Hamas Isytihar Permulaan ‘Operasi Tentera’ Terhadap Israel
Ketua tentera Hamas Mohammed Deif mengisytiharkan permulaan “operasi ketenteraan” terhadap Israel susulan serangan roket bertubi-tubi dari Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Matlamat Operasi Banjir Al-Aqsa adalah untuk menamatkan “pelanggaran” Israel, kata Deif dalam kenyataan rakaman ringkasnya awal Sabtu.
Seorang wanita terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam serangan roket besar-besaran dari Semenanjung Gaza yang bermula awal Sabtu.
Wanita berusia sekitar 60 tahun itu cedera parah berhampiran bandar Gedera, menurut perkhidmatan menyelamat Magen David Adom.
Serangan besar-besaran dari Semenanjung Gaza datang secara mengejut.
Situasi kembali memuncak, terutamanya di Tebing Barat yang diduduki.
Sumber: RT