Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Polis Sahkan Suspek Anggota PDRM
Seorang penjawat awam yang ditahan berhubung pembunuhan Nur Farah Kartini, 25, merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu berkata suspek bertugas di Perak.
“Suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Perak.
“Siasatan awal mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Jasad Nur Farah Kartini ditemui di Kampung Sri Kledang
Sebelum ini, kehilangan Allahyarham mula mendapat perhatian selepas Polis Daerah Mualim membuat hebahan tentang kehilangannya.
SK yang memetik hebahan itu melaporkan bahawa Allahyarham dilapor hilang sejak 10 Julai lalu dengan lokasi terakhir Allahyarham adalah di Taman Universiti di Tanjung Malim.
Bagaimanapun media tempatan semalam melaporkan penemuan mayat seorang wanita, dipercayai Nur Farah Kartini di sebuah ladang sawit berhampiran Felda Gedangsa di Kuala Kubu Bharu.
Polis mengesahkan kes berkenaan kini dalam siasatan pihaknya dan tangkapan sudah di buat.
Manakala pagi ini, seorang penjawat awam telah dibawa ke mahkamah dan ditahan reman semalam tujuh hari untuk membantu siasatan.
BACA: Penjawat Awam Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan Pembunuhan Nur Farah
Sumber: Sinar Harian