Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kes Khas, Yang Tertentu, Boleh Rentas Negeri Sewaktu PKP Dengan Kebenaran Polis – Ismail Sabri

Gambar: Bernama

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media sebentar tadi memaklumkan bahawa hanya kes khas yang tertentu sahaja boleh merentas negeri sewaktu PKP.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa kebenaran itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu.

“Dengan peningkatan kes empat angka yang berterusan ini pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara.

“Sama ada di kawasan PKP di kawasan PKPB, malah di kawasan PKPP sekali pun untuk merentas daerah ke kawasan PKPP dan PKPB tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran khas daripada polis,” ujarnya.

Dalam pada itu juga, kerajaan juga turut bersetuju membenarkan pergerakan bantuan kemanusiaan ke kawasan banjir dengan izin daripada pihak polis.

“Pergerakan bantuan kemanusian dibenarkan dengan syarat ianya mendapat kebenaran pihak polis. Sebelum pergi, lapor kepada pihak polis dan sampai di kawasan ditujui, perlu ke pusat pengurusan bencana daerah, mesti dilaporkan supaya kita tahu siapa yang masuk ke kawasan jagaan pusat pengurusan bencana daerah”

NGO dan individu perseorangan yang ingin membantu mangsa banjir, adalah digalakkan supaya membuat saringan COVID-19.

Sumber: Bernama