Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Kes Tanah Mendap
Kredit: Sinar Harian

Mendapan Pernah Berlaku Di Lokasi Sama Insiden Tanah Jerlus – Polis KL

Athirah

Mendapan Pernah Berlaku Di Lokasi Sama Insiden Tanah Jerlus – Polis KL

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mendapan pernah dilaporkan berlaku tahun lepas di lokasi sama insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini hari ini.

Beliau berkata mendapan itu bagaimanapun sudah dibaiki oleh pihak yang berkaitan.

Berhubung insiden seorang wanita warga India dikhuatiri tertimbus pagi tadi, Rusdi berkata usaha mencari mangsa perlu dilakukan dengan perancangan rapi.

“Kita lakukan proses mencari dan menyelamat secara berperingkat kerana Indah Water Konsortium mempunyai pelan mereka dan di dalam sana terdapat aliran air yang deras.

“Saya dimaklumkan jika air ditutup, akan berlaku banjir di kawasan ini… jadi kita perlukan strategi menerusi nasihat Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Rusdi berkata semakan mendapati mangsa berusia 48 tahun itu masuk ke negara ini untuk melancong sejak dua bulan lepas bersama suami dan beberapa individu lain serta dijangka pulang ke negara asal esok.

Beliau berkata pihak kedutaan India sudah dimaklumkan mengenai insiden itu dan diminta supaya melanjutkan tempoh visa mangsa serta keluarganya.

Mengenai arahan menutup operasi perniagaan di kawasan sekitar, Rusdi berkata para peniaga telah dimaklumkan untuk mengambil tindakan itu buat sementara bagi tujuan keselamatan.

Beliau juga berkata insiden itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup dan memaparkan mangsa sedang berjalan sebelum terjatuh.

Rusdi berkata ada saksi yang melihat insiden itu namun memaklumkan tidak melihat sebarang pergerakan selepas mangsa terjatuh.

Terdahulu, pasukan penyelamat mengorek kawasan mendapan dengan mesin jengkaut milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan disewa daripada pihak swasta.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat berkata langkah itu bagi meluaskan kawasan pencarian mangsa dalam insiden itu.

JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.22 pagi dan mengesahkan bahawa seorang pelancong wanita India telah terperangkap.

BACA: Kenderaan Rosak, Hanyut Akibat Kepala Air Di Langkawi

Sumber: BERNAMA