Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kestabilan politik dan pentadbiran kerajaan ketika ini dilihat menjadi antara faktor utama yang terus mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, situasi itu sekali gus mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook selepas menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Menurutnya, antara penekanan utama Perdana Menteri dalam mesyuarat berkenaan adalah usaha berterusan untuk memperkukuh ekonomi negara sambil memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian.
“Apabila pelaburan meningkat, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan ekonomi negara akan terus berkembang.
“Sebab itu kita perlu terus memelihara keamanan, mengekalkan kestabilan politik dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat.
“Hanya dengan sebuah negara yang aman dan stabil, kita mampu membina masa depan yang lebih baik untuk semua,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad turut menyuarakan keyakinan bahawa Malaysia mampu terus mencatat perkembangan positif sekiranya elemen keamanan, kestabilan politik dan perpaduan rakyat terus dipertahankan.