Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Parti Pejuang Tanah Air Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan hanya satu wakilnya akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menerusi kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN).
Calon yang dipilih ialah Ketua Penerangan Pejuang Johor, Suraya Sulaiman yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Suraya merupakan satu-satunya calon daripada parti itu yang diberi kepercayaan untuk membawa cabaran Pejuang di Johor.
“Ini satu-satunya kerusi yang kita tandingi di Johor dan tidak lebih daripada itu.
“Kita melihat kerjasama bersama parti-parti komponen dalam PN memberi peluang yang cerah untuk meraih kemenangan,” katanya ketika siaran langsung pengumuman calon PN DUN Gambir di Facebook malam tadi.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata, Suraya yang juga Exco Pejuangnita Malaysia merupakan anak tempatan dan aktif dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan.
Menurutnya, Suraya yang terlibat dalam perniagaan sektor kesihatan dan kecantikan mempunyai pengalaman luas dalam memperkasakan komuniti wanita, golongan belia serta institusi keluarga menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Katanya, penglibatan aktif Suraya dalam advokasi politik dan kepimpinan akar umbi juga menjadi antara faktor utama pemilihannya.
“Saya lihat tiada masalah untuk menampilkan calon wanita kerana dalam isu kos sara hidup, golongan wanita lebih dekat dan lebih memahami kesan yang dirasai rakyat.
“Sebab itu saya tanpa ragu-ragu menyokong Suraya untuk membawa perjuangan tersebut,” ujarnya.