Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ketahui Cara-cara Solat Sunat Bagi Fenomena Gerhana Bulan Yang Dijangka Berlaku Malam Ini
Fenomena Gerhana Bulan Penuh dijangka bakal berlaku hari ini (8 November) mulai jam 4.02 petang dan berakhir pada jam 9.56 malam waktu tempatan di negara ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada Jumaat lalu yang turut menjelaskan bahawa bulan bakal berada pada kedudukan yang paling jauh dari bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923 kilometer (km).
“Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.
“Manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9.56 malam,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, umat Islam digalakkan untuk menunaikan tuntutan sunat muakkad solat gerhana bulan yang boleh dilakukan sendirian atau secara berjemaah bagi menghidupkan sunnah.
Sehubungan itu, badan-badan agama Islam seperti Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut berkongsi mengenai lima perkara penting yang perlu dilakukan ketika berlakunya gerhana bulan.
Oleh itu, bagi mengetahui cara-cara menunaikan solat gerhana bulan dan perkara yang perlu dibuat, ikuti perkongsian Mufti Selangor dan JAWI di bawah, ini supaya solat itu dapat dilakukan dengan sempurna dan baik.
Solat gerhana disebut di dalam Bahasa Arab dengan khusuf bagi bulan dan kusuf bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.
Takbiratul ihram dan niat
Membaca doa iftitah, surah al-Fatihah dan surah pilihan
Rukuk
Bangkit: baca surah al-Fatihah dan surah pilihan
Rukuk
I’tidal
Sujud
Duduk antara dua sujud
Sujud
Ulangi rakaat kedua seperti rakaat pertama
Tashahud akhir
Salam
Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat jumaat.
Disunatkan membaca khutbah selepas sunat gerhana.

Bagi lebih praktikal, mari ikuti cara mendirikan solat sunat gerhana bulan menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna @kamiada_ menerusi Twitter @JAWI di bawah.

Sunat Muakkad dua (2) rakaat.
Mempunyai empat (4) bacaan al Fatihah, empat (4) Ruku’, empat (4) Sujud.
Boleh dilakukan sendirian atau berjemaah.
Bermula waktu gerhana hingga tamat..
Sunat membaca dua khutbah selepas solat.
Untuk ketahui lebih lanjut, boleh rujuk video di bawah.
Sumber: Mufti Selangor & @myJAWIKL