Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Ketahui Sebab Anda Kena ON "Airplane Mode" Dalam Pesawat
Biasanya, kita diminta mematikan telefon atau mengaktifkan "airplane mode" sebelum pesawat berlepas. Tapi tak dinafikan, ramai yang menganggap remeh fungsi "airplane mode" ini.
Justeru, seorang juruterbang tampil mendedahkan apa sebenarnya boleh berlaku kalau penumpang ingkar arahan ini.
Melalui TikTok sebelum ini, juruterbang itu menarik perhatian apabila mengeluarkan satu 'pengumuman khidmat masyarakat mesra'.
Dalam video itu, beliau menjelaskan keperluan mengaktifkan "airplane mode" bukanlah satu konspirasi.
Katanya, walaupun hanya beberapa penumpang menjawab panggilan, telefon mereka boleh menyebabkan gangguan pada headset juruterbang.
Tambahnya, pesawat tidak akan jatuh dan sistem pesawat tidak terjejas. Tetapi, gangguan bunyi pada headset boleh menyukarkan juruterbang mendengar arahan penting.
"Kalau dalam pesawat ada 70, 80 atau 150 orang penumpang, dan hanya tiga atau empat telefon cuba membuat sambungan ke menara radio atau menerima panggilan masuk, telefon itu akan menghantar gelombang radio.
"Ada kemungkinan gelombang radio tersebut mengganggu gelombang radio pada headset yang digunakan oleh juruterbang," jelasnya.
Juruterbang itu berkongsi pengalaman semasa pesawat bersedia untuk berlepas di San Francisco.
Ketika menerima arahan daripada menara kawalan, beliau tiba-tiba mendengar bunyi berdengung yang sangat mengganggu dalam headset.
Bunyi itu digambarkan seperti nyamuk, tebuan atau serangga yang terbang dekat dengan telinga.
"Saya rasa ia bukanlah masalah besar. Tapi, memang sangat menjengkelkan bila kita cuba menyalin arahan dan bunyinya macam ada tebuan atau serangga terbang dekat telinga," katanya.
Walaupun gangguan ini tidak kritikal, ia boleh mengganggu fokus juruterbang serta menyukarkan komunikasi dengan menara kawalan, Selain itu, ia berpotensi menyebabkan salah faham arahan semasa fasa kritikal seperti berlepas dan mendarat.
Jelasnya, apa yang lebih membimbangkan adalah gangguan kecil boleh jadi masalah besar jika berlaku pada masa yang salah.
Ramai sangka airplane mode hanyalah peraturan lapuk. Tapi sebenarnya, ia diwujudkan untuk memastikan komunikasi juruterbang jelas dan lancar, terutama ketika pesawat berada dalam fasa paling kritikal.