Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ketua Kartel Dadah Antara Paling Berkuasa Di Mexico Terbunuh Dalam Operasi Tentera

Fazidi
KETUA KARTEL DADAH MEXICO TERBUNUH
Gambar: AFP

Ketua Kartel Dadah Antara Paling Berkuasa Di Mexico Terbunuh Dalam Operasi Tentera

Tentera Mexico mengumumkan kejayaan membunuh ketua kartel antara yang paling berkuasa, Nemesio "El Mencho" Oseguera, menerusi operasi yang mencetuskan gelombang keganasan di beberapa bahagian negara itu.

Oseguera, 59, yang merupakan ketua Kartel Jalisco Generasi Baharu (CJNG) cedera dalam satu pertempuran bersama pasukan tentera di bandar Tapalpa, di Jalisca dan meninggal dunia ketika diterbangkan ke Mexico City.

Ketua kartel dadah antara yang berkuasa di Mexico terbunuh

Kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini meletakkan ganjaran sebanyak USD 15 juta ke atas Oseguera.

Selain Oseguera, enam individu bersenjata turut terbunuh dalam serbuan tersebut, manakala tiga anggota tentera turut mengalami kecederaan.

Menurut kenyataan Tentera Mexico, operasi itu dijalankan dengan bantuan risikan tentera selain turut mendapat kerjasama pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Sekumpulan individu bersenjata dilapor bertindak balas terhadap operasi ketenteraan itu dengan melaksanakan sekatan ke atas lebih 20 jalan di wilayah barat Jalisco, termasuk membakar kereta dan trak.

Jalisco, antara lokasi tuan rumah Piala Dunia 2026

Jalisco, yang dijadualkan menjadi tuan rumah kepada empat perlawanan Piala Dunia 2026 telah membatalkan semua aktiviti melibatkan orang awam pada Ahad dan sesi persekolahan bersemuka pada Isnin.

Keganasan kini dilapor turut merebak ke beberapa negari lain termasuk Michoacan dan Puerto Vallarta dimana CJNG mempunyai pengaruh.

Oseguera yang dikenali dengan nama samaran El Mencho merupakan salah seorang raja dadah terbesar Mexico yang berjaya ditumpaskan sejak penangkapan pengasas Kartel Sinola, Joaquin "El Chapo" Guzman dan Ismael Zambada.

Kedua-duanya kini sedang menjalani hukuman di Amerika Syarikat.

CJNG ditubuhkan pada 2009 dan berkembang menjadi salah satu kartel dadah Mexico paling ganas, menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat turut mengklasifikasikan CJNG sebagai organisasi pengganas dan menuduh kartel itu bertanggungjawab menyeludup kokain, heroin, methamphetamine dan fentanyl ke negara berkenaan.

Sumber:AFP