Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ashwad Ismail Umum Letak Jawatan Ketua Pengarang Astro AWANI

ashwad ismail
Kredit: Ashwad Ismail

Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail mengumumkan peletakan jawatan selepas 19 tahun bersama ASTRO.

Memetik laporan Astro AWANI, beliau merupakan antara pengasas saluran Astro AWANI pada 2007 dan menerima penghormatan memegang jawatan tersebut sepanjang lima tahun yang lalu.

"AWANI bukan sekadar tempat kerja bagi saya. Ia adalah satu tanggungjawab.

"Diberi kepercayaan untuk membentuk hala tuju editorial dan budaya institusi merupakan penghormatan terbesar dalam kehidupan profesional saya," ujar Ashwad.

Menurut AWANI, kepimpinan Ashwad membawa agensi berita berkenaan menggapai pencapaian signifikan termasuk aspek komersial.

Ashwad turut memperkukuh tadbir urus editorial serta etika bilik berita organisasi tersebut.

Ashwad Ismail pacu Astro AWANI dalam era kecerdasan buatan

Selain itu, transformasi digital dipacu merentas pelbagai platform sekali gus meletakkan Astro AWANI sebagai rujukan serantau dalam kewartawanan era kecerdasan buatan (AI).

“Setiap transformasi yang kami laksanakan berteraskan kepercayaan bahawa kewartawanan yang dipercayai mesti kekal berpaksikan rakyat, mampan dari segi komersial, berpandangan jauh dari sudut teknologi dan sentiasa manusiawi,” katanya.

Katanya, keputusan berkenaan diakui bukan sesuatu yang mudah, terutamanya apabila Astro AWANI kini kukuh dari sudut editorial dan komersial.

“Tiada masa yang benar-benar sempurna untuk meninggalkan sesuatu yang kita cintai.

"Namun kepimpinan juga menuntut kebijaksanaan untuk memberi ruang kepada pembaharuan. Saya berundur pada saat organisasi ini berada dalam keadaan yang kuat," kongsinya.

Sumber:Awani