Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Muat Naik Emoji KA Di Threads Undang Tanda Tanya

Azizah Najib
emoji ka
Kredit: Khairul Aming

Hantaran kapsyen pempengaruh terkenal tempatan, Khairul Aming atau lebih mesra dikenali sebagai KA di laman Thread yang meletakkan emoji berbentuk hati dan cincin mengundang tanda tanya.

Dengan menyisipkan lagu Love Me Like You nyanyian Little Mix, KA menggunakan memuat naik gambar dirinya dengan gaya jari bentuk hati.

Lirik berkenaan diiringi beberapa lagi barisan emoji lambang hati.

"Alhamdulillah," kongsinya.

Kredit: Khairul Aming

Bagaimanapun, KA sempat menegur 'murid-murid' menerusi video berkenaan.

"Korang buat apa kat sini? Resipi semalam dah buat ke belum? Dah lama kena hantar kan, kenapa tak buat lagi?" Seloroh KA.

Reaksi warga maya meneka emoji KA

Berikutan itu, warga maya berpusu-pusu membuat andaian masing-masing bagi meneka situasi berkenaan di ruangan komen.

"Di penghujung Ramadan, KA bakal masak bersama bakal. Tahniah," ucap warga maya.

"Tolong ye KA, ingat tau kisah pengembala biri-biri. Nanti orang tak percaya dah," ujar seorang yang lain.

"KA sebenarnya nak latih murid-murid ni supaya boleh merewang ramai-ramai waktu majlis kahwin KA kan? Mengaku cepat. Kali ni kita tak lalai," teka yang lain pula.

Sumber:Threads