Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ketua Reka Bentuk Apple Letak Jawatan, Mahu Tubuh Syarikat Baru

Gambar: Apple

Pegawai reka bentuk Apple, Sir Jony Ive dilaporkan akan menamatkan perkhidmatannya dalam syarikat itu pada akhir tahun ini. Tindakan tersebut berikutan rancangannya yang akan membuka syarikat reka bentuk bebas yang baharu dan akan menjadikan Apple sebagai salah satu pelanggan utamanya. Disebabkan itu, Ive masih lagi akan berkerjasama dengan syarikat telekomunikasi terbesar itu dalam pengeluaran produk Apple yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook yang sedia maklum mengenai perkara ini menganggap Jony sebagai tokoh tunggal di dalam bidang reka bentuk terutamanya dalam kebangkitan produk Apple.

Gambar: Gizmodo

Apple telah berjaya merevolusikan teknologi peribadi dengan memperkenalkan Macintosh pada tahun 1984 dan kini Apple telah menakluki dunia dengan inovasi iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple TV.

Kira-kira 100,000 pekerja Apple telah berkhidmat untuk menghasilkan produk terbaik di dunia dan meninggalkan dunia dengan lebih baik daripada apa yang kita dapati sekarang.

Sumber: Apple