Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Khidmat Dr Solehah Sebagai Kakitangan Akademik Tamat Pada 27 April Lalu - UIAM

Solehah
Kredit: Fb UIAM

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengesahkan perkhidmatan Dr Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik universiti itu telah berakhir berkuat kuasa 27 April lepas.

Menerusi satu kenyataan Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM, penggunaan gelaran, jawatan atau apa-apa bentuk kaitan rasmi dengan universiti itu oleh Solehah tidak lagi dibenarkan.

“Sehubungan itu, UIAM ingin menjelaskan bahawa penggunaan sebarang gelaran, jawatan, Kulliyyah, Pusat, Institut, Jabatan atau apa-apa bentuk hubungan rasmi dengan UIAM adalah tidak dibenarkan.

“Oleh itu, penggunaan sebarang gelaran atau jawatan yang dikaitkan dengan UIAM tidak dibenarkan dalam mana-mana bahan promosi, laporan media, penerbitan, iklan, kandungan media sosial, bahan publisiti atau bentuk penyebaran lain, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,” maklum kenyataan itu.

Tambah universiti itu, pihaknya berharap penjelasan dapat membantu mengelakkan sebarang salah faham serta memelihara integriti dan kedudukan akademik Universiti.