Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai

Kia Sales Malaysia Memulakan Operasi Dengan Strategi Baharu, Menawarkan Nilai Lebih Kukuh

Azmil

(KUALA LUMPUR), 2 Januari 2026 – Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM) secara rasmi memulakan operasinya di Malaysia dengan langkah strategik untuk membina semula kepercayaan terhadap jenama dan mengukuhkan keyakinan pasaran. Inisiatif ini bermula dengan penstrukturan semula strategi harga bagi portfolio produk sedia ada. Pada masa yang sama, KSM turut memperkenalkan program kesetiaan pelanggan, insurans berjenama Kia serta insentif korporat sebagai komitmen jangka panjang kami terhadap pelanggan sedia ada dan baharu.

“Tahun baharu ini menandakan permulaan baharu buat Kia di Malaysia. Kami berbangga untuk memulakan perjalanan membina semula jenama Kia menerusi sebuah Syarikat Jualan Nasional yang berdiri sendiri. Kami ingin memberi jaminan kepada peminat Kia bahawa jenama ini akan terus kekal di Malaysia, dengan fokus kepada penjagaan pelanggan serta penyediaan solusi mobiliti yang inovatif,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia Sdn Bhd, Hyung Ho Kim.

“Langkah awal ini merangkumi penstrukturan semula strategi harga, penghargaan terhadap pelanggan setia Kia serta penawaran insentif pembelian korporat, Semua inisiatif ini menjawab persoalan, ‘Kenapa pilih Kia? Kia Sales Malaysia (KSM) percaya kepada penetapan harga yang wajar dan telus. Pelanggan di seluruh Malaysia kini boleh menikmati kenderaan yang sesuai dengan keperluan pasaran tempatan, dilengkapi spesifikasi serta ciri yang tepat serta ditawarkan pada harga yang kompetitif. Kami mengalu-alukan pelanggan sedia ada dan baharu untuk mengunjungi bilik pameran kami bagi melihat rangkaian kenderaan Kia, memandu uji di samping merasai pengalaman Kia yang baharu,” jelas Pengarah Urusan, Emily Lek.

Kia Menawarkan Model SUV dan MPV Bernilai Tinggi

Berkuat kuasa 1 Januari 2026, keseluruhan rangkaian model Kia Sportage dan Kia Carnival ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif, sekali gus meletakkan kedua-dua model ini pada kedudukan yang lebih kukuh dalam segmen SUV dan MPV di Malaysia (rujuk senarai harga yang dilampirkan). Rangkaian Kia Sportage kini ditawarkan pada harga bermula daripada RM128,800.

Selaras dengan piawaian global Kia, waranti dan polisi penggantian alat ganti bagi semua kenderaan Kia baharu di Malaysia adalah sah selama lima (5) tahun atau sehingga 150,000 kilometer, mengikut yang mana terdahulu.

Bagi meningkatkan keyakinan pemilik, KSM turut melaksanakan pengurangan harga purata sebanyak 15% bagi semua alat ganti tulen Kia.

Rangkaian selepas jualan KSM turut disokong oleh sebuah gudang alat ganti khusus yang terletak di Shah Alam, Selangor. Penambahan ini memastikan ketersediaan alat ganti yang lebih pantas, sekali gus menangani sebarang kebimbangan berkaitan tempoh menunggu perkhidmatan selepas jualan.

Membina, Menghargai dan Melindungi Ekosistem Pemilik Kia

Mengiktiraf nilai legasi dan kesetiaan jenama, KSM memperkenalkan Kia Circle, iaitu program kesetiaan pelanggan yang menawarkan rebat tunai sehingga RM6,000 kepada pemilik Kia sedia ada yang menaik taraf kepada kenderaan Kia baharu. Program ini turut memanfaatkan ahli keluarga terdekat, termasuk ibu bapa, pasangan dan anak-anak.

Selain itu, KSM akan memperkenalkan Kia Professional, iaitu program fleet korporat dan profesional yang menawarkan konsesi eksklusif sehingga 3% kepada ahli badan profesional dan syarikat-syarikat utama bagi pembelian kenderaan individu, serta insentif tersuai bagi pembelian fleet yang lebih besar.

Sebagai pelengkap kepada pembelian melalui pengedar sah Kia, KSM turut menawarkan perlindungan menyeluruh menerusi Kia Cares, sebuah program insurans berjenama Kia yang dijamin oleh Berjaya Sompo, Zurich dan Zurich Takaful. Program ini menyediakan perlindungan komprehensif terhadap kehilangan atau kerosakan akibat kemalangan, serta pelbagai manfaat tambahan.

Bagi meningkatkan ketenangan minda, pemilik kenderaan boleh menyesuaikan perlindungan mengikut keperluan masing-masing melalui pelan tambahan pilihan. Antaranya termasuk perlindungan semua pemandu, elaun bagi kesulitan akibat kemalangan dan kerugian secara menyeluruh, nilai dipersetujui sehingga 15 tahun, pengecualian kos betterment sehingga 10 tahun, perkhidmatan tunda tanpa had, perlindungan penuh risiko khas serta perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM100,000.

Peminat Kia boleh melayari laman web rasmi Kia Sales Malaysia di www.kia.com/my bermula 8 Januari 2026 untuk maklumat lanjut, atau mengunjungi bilik pameran sah Kia berhampiran bagi melihat, memandu uji atau membuat tempahan bagi mana-mana model dalam rangkaian produk KSM, termasuk Kia Sportage, Kia Carnival dan Kia EV9.

Untuk pertanyaan jualan dan perkhidmatan, atau bantuan kecemasan jalan raya 24 jam, sila hubungi Khidmat Pelanggan KSM di 1300 88 0133 atau e-mel ke customersupport@kia-my.com.