Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kilang Mini Pertama Julie’s Dibuka Di Resorts World Genting Sempena Musim Kemerdekaan Ini

KILANG

Kilang Mini Pertama Julie’s Dibuka Di Resorts World Genting Sempena Musim Kemerdekaan Ini

Sempena sambutan Merdeka pada tahun ini, Julie's akan mengadakan roadshow pertamanya di Resorts World Genting. Buat julung kalinya, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman kilang mini Julie’s menerusi acara ‘A Mini Factory Adventure’ yang berlangsung di Kimhua Atrium, SkyAvenue, Resorts World Genting hingga 23 Ogos.

Para pengunjung dijemput menerokai perjalanan di sebalik penghasilan biskut Julie’s menerusi pengalaman kilang mini interaktif yang menampilkan produk popular seperti Sandwic Mentega Kacang dan Sandwic Keju. Pada masa yang sama, acara ini bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan meraikan hasil tangan tempatan serta semangat kebersamaan yang menjadi lambang musim Merdeka. 

Berseronok dan bergaya di zon bergambar 'Peanut Butter Cloud'.

Tzy Horng Sai, Pengarah Julie's Biscuits berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang bangga dengan akar umbinya sebagai jenama Malaysia, kami sentiasa percaya bahawa Julie's bukan sekadar jenama biskut, tetapi merupakan sebahagian daripada kisah dan kehidupan rakyat Malaysia."

"Penganjuran ‘A Mini Factory Adventure’ di Resorts World Genting buat julung kalinya memberi kami peluang untuk berkongsi kisah Julie's dan mendekatkan jenama ini kepada keluarga Malaysia dalam suasana yang berbeza, lebih-lebih lagi sempena sambutan Merdeka yang begitu bermakna ini."

"Kami ingin mencipta satu pengalaman yang bukan sahaja membolehkan pengunjung menikmati biskut Julie’s, tetapi juga melihat dengan lebih dekat proses, ketelitian dan semangat yang menjadi sebahagian daripada setiap biskut Julie's.”

Roadshow 'A Mini Factory Adventure' Julie's yang kini berlangsung di SkyAvenue, Resorts World Genting sehingga 23 Ogos 2026.

Memenuhi Atrium Kimhua, kilang mini ini dilengkapi dengan pelbagai stesen interaktif yang direka khas untuk seisi keluarga. Peminat fotografi boleh menikmati dua zon bergambar untuk merakam kenangan manis di: Zon ‘Peanut Butter Cloud’ yang menampilkan kusyen berbentuk biskut Julie's yang besar dan empuk yang boleh pengunjung duduk, dan Zon ‘Be The Biscuit Maker’, dimana pengunjung boleh bergambar dengan replika barisan pengeluaran kilang Julie's. 

Pengunjung yang ingin mencuba sampel produk Julie's boleh singgah di Zon ‘The Signature Selection’ untuk menjamah pelbagai biskut yang menyelerakan. Turut dipamerkan ialah Zon Peta Dunia Julie's atau juga dikenali sebagai ‘The Flavour Passport’. Di sini, pengunjung dapat menyusuri jejak Julie's yang kini sudah bertapak di lebih 80 buah negara, satu bukti kebanggaan dengan betapa jauhnya perkembangan jenama biskut tempatan Malaysia ini. Pengunjung yang ingin berehat seketika juga boleh bersantai di Zon Rehat ‘The Sweet Escape’. 

Rasai pengalaman berada di sebalik barisan pengeluaran kilang biskut Julie’s di zon bergambar 'Be The Biscuit Maker'.

Tiada pengembaraan kilang yang lengkap tanpa cenderahati istimewa. Pengunjung yang membeli mana-mana empat Handy Pack (360g/336g) biskut sandwic Julie's sepanjang acara ini layak menebus satu Peanut Butter Sandwich Convertible Plushie Keychain istimewa, sementara stok masih ada.

Apabila dilipat, plushie ini berfungsi sebagai gantungan beg. Apabila dibuka pula, ia bertukar menjadi beg tote besar berbentuk Sandwic Mentega Kacang Julie’s kegemaran ramai. Beg ini bukan sahaja comel, malah cukup praktikal untuk membeli-belah sungguhpun roadshow ini sudah lama tamat. 

Turut menjadi tumpuan utama roadshow ini ialah produk Sandwic Mentega Kacang dan Sandwic Keju Julie’s. Kedua-dua biskut ini merupakan antara produk terawal yang diperkenalkan oleh Julie’s dan ia memainkan peranan penting dalam membina reputasi Julie’s sebagai jenama biskut pilihan isi rumah hingga ke hari ini.

Hadiah eksklusif dengan pembelian: Peanut Butter Sandwich Convertible Plushie Keychain yang berfungsi sebagai gantungan beg apabila dilipat dan apabila dibuka, bertukar menjadi beg tote.

Sandwic Mentega Kacang menampilkan gabungan krim mentega kacang yang kaya dan harum bersama biskut bulat yang rangup, dibakar hingga keemasan dengan sentuhan rasa masin yang seimbang. Keenakan klasik ini telah menjadi kegemaran ramai sejak penubuhan Julie’s.

Sementara itu, biskut Sandwic Keju menggabungkan biskut rangup yang sama dengan krim keju yang lembut, berkrim dan gabungan rasa manis dan masin yang seimbang, menjadikannya pilihan yang digemari pelbagai generasi. Kedua-dua produk ini didatangkan dalam format Handy Pack ikonik Julie’s yang sesuai dijadikan bekal sekolah, snek di pejabat, teman perjalanan atau untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan pada bila-bila masa. 

Pengunjung sedang menikmati sampel Biskut Sandwic Mentega Kacang dan sampel Biskut Sandwic Keju ikonik Julie's di zon 'The Signature Selection'.

Kunjungi SkyAvenue, Resorts World Genting, dan raikan Merdeka bersama Julie's menerusi acara ‘A Mini Factory Adventure’ yang penuh keseronokan. Biskut Sandwic Mentega Kacang dan Sandwic Keju Julie's boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran atau secara dalam talian melalui kedai rasmi Julie's di Shopee dan Lazada. 

Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, kunjungi laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits.

Intipati
  • Julie’s mengadakan roadshow ‘A Mini Factory Adventure’ di SkyAvenue, Resorts World Genting hingga 23 Ogos.
  • Pengunjung boleh menerokai kilang mini interaktif, zon bergambar, sampel biskut dan ruang rehat.
  • Pembelian empat Handy Pack biskut sandwic Julie’s melayakkan penebusan plushie keychain sementara stok masih ada.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan