Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Sebuah kilang pembuatan plastik dilaporkan meletup di daerah Bang Phli, Bangkok awal pagi tadi. Insiden ini mengakibatkan kilang tersebut yang menyimpan 50 tan bahan kimia dijilat api dan membebaskan asap berbahaya.

Menurut Bangkok Post, letusan yang berlaku pada jam 2.50 pagi waktu tempatan itu menghasilkan kepulan asap tebal dalam radius satu kilometer daripada tempat kebakaran.
Letupan ini menyebabkan gegaran dapat dirasai sehingga jarak sembilan kilometer dari kilang tersebut. Sekurang-kurangnya 21 orang mangsa dilaporkan cedera, lapor Bangkok Post.
Menurut laporan Thai News Report, setakat jam 4.30 petang tadi, tiupan angin yang membawa asap toksik dari kebakaran itu telah beralih ke arah barat laut. Kini, radius zon berisiko tinggi telah diperluas kepada 10 kilometer dari titik letupan.

Sehingga jam 5 petang waktu tempatan tadi, pasukan penyelamat masih dalam usaha mengawal kebakaran. Dilaporkan bahawa salah seorang pemadam kebakaran berusia 19 tahun tewas dalam misi memadam kebakaran di kilang tersebut.
Jabatan Meteorologi Thailand turut mengeluarkan amaran kepada warga setempat agar berhati-hati dengan udara dan air yang tercemar beberapa hari akan datang akibat asap kebakaran ini, menurut Thai News Report.
Setakat ini, punca kebakaran kilang pembuatan bahan plastik ini masih tidak dapat dipastikan.
Sumber: Bangkok Post, Thai News Report