Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kim Woo-bin, Shin Min-a Umum Bakal Berkahwin 

Hannah
Kim Woo-bin Shin Min-a
Gambar: AM Entertainment

Kim Woo-bin, Shin Min-a Umum Bakal Berkahwin

Pasangan selebriti popular Korea Selatan, Kim Woo-bin (36) dan Shin Min-a (41) mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember ini.

Berita gembira itu disahkan oleh agensi mereka, AM Entertainment, yang memaklumkan bahawa kedua-dua pelakon tersebut membuat keputusan untuk berkahwin selepas membina kepercayaan sepanjang hubungan mereka yang panjang.

Majlis perkahwinan akan diadakan secara tertutup di Seoul, dengan hanya keluarga terdekat, saudara-mara dan rakan rapat yang dijemput menghadiri acara istimewa itu.

“Kami memohon doa dan sokongan yang baik daripada semua agar pasangan ini memulakan bab baharu hidup mereka dengan penuh bahagia. Kedua-duanya juga akan terus memberi tumpuan kepada kerjaya lakonan dan berusaha membalas kasih sayang peminat,” kata agensi tersebut dalam kenyataan yang sama.

Kim Woo-bin turut berkongsi berita perkahwinannya melalui sepucuk surat tulisan tangan kepada peminat pada hari sama.

“Saya ingin menjadi orang pertama yang berkongsi berita ini dengan peminat tersayang yang sentiasa menyokong saya tanpa henti.

“Ya, saya akan berkahwin. Selepas sekian lama bersama, saya dan pasangan memutuskan untuk membina keluarga dan menjalani perjalanan ini bersama. Kami amat menghargai doa serta sokongan anda.

“Jaga diri dan kekal bahagia sehingga kita bertemu lagi. Saya akan muncul semula tidak lama lagi,” katanya.

Untuk info, Kim Woo-bin dan Shin Min-a mengesahkan hubungan mereka pada 2015, dan sejak itu mereka dikenali sebagai antara pasangan selebriti paling stabil dalam industri hiburan Korea.

BACA: Michelle Yeoh Bakal Terima Anugerah “Honorary Golden Bear”

Sumber: The Chosun Daily