Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kini Malaysia Ada Juruteknik Honda Terbaik, Mereka Bersedia Ke Jakarta

MALAYSIA

Kini Malaysia Ada Juruteknik Honda Terbaik, Mereka Bersedia Ke Jakarta

Tiga (3) juruteknik Honda dinobatkan sebagai juruteknik Honda terbaik di Malaysia selepas menewaskan saingan sengit pada malam tadi di Pulau Pinang. Mereka dipilih daripada enam belas (16) finalis yang sebelum ini berjaya mengatasi ratusan peserta dari seluruh negara.

Para peserta terdiri daripada juruteknik dari Perlis hingga Johor, serta Sabah dan Sarawak, yang telah melalui dua (2) pusingan saringan pada Januari dan Mac 2026.

Pada Pusingan Akhir Boon Siew Honda Technician Skill Contest (TSC) 2026 yang berlangsung semalam, para finalis diuji mengikut piawaian antarabangsa yang diguna pakai di seluruh rangkaian Honda Asia dan Oceania. Hanya yang terbaik berjaya membuktikan keupayaan mereka.

Tiga (3) juara kebangsaan tersebut akan mewakili Malaysia ke Asean & Oceania (A&O) Technician Skill Contest 2026 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada November ini. Pertandingan berprestij itu menghimpunkan juruteknik terbaik Honda dari seluruh rantau Asia dan Oceania untuk bersaing di bawah satu penanda aras yang sama.

Ini merupakan kali keempat dalam sejarah Boon Siew Honda menghantar wakil ke peringkat A&O. Dua penyertaan terdahulu menyaksikan Malaysia muncul juara bagi Kategori FUN di Bangkok serta meraih tempat Ketiga bagi Kategori COM di Manila.

Juara Kebangsaan TSC 2026

Juara Kategori COM 1, Honda ADV160
Muhammad Al'Amin Bin Yusri
Wei Ling Motor Sdn. Bhd. | Wilayah Selatan

Juara Kategori COM 2, Honda RSX150
Kwang Teck Hing
Kuek Motor (M) Sdn. Bhd. | Wilayah Tengah

Juara Kategori FUN, Honda CB650R
Aidil Adha Bin Samsumar
Honda Big Wing Johor Bahru | Wilayah Selatan

Setiap juara diuji sepanjang sehari pertandingan yang merangkumi peperiksaan teori sebanyak 35 soalan berkaitan pengetahuan teknikal harian dan piawaian servis Honda, diikuti penilaian praktikal ke atas motosikal meliputi penyelenggaraan berkala, pembaikan am, cabaran time attack, serta ujian komponen di luar motosikal.

Penilaian dibuat berdasarkan kualiti kerja, penggunaan peralatan dan aspek keselamatan, bukan semata-mata kepantasan. Kesemua soalan dan kriteria penilaian adalah berasaskan piawaian antarabangsa Honda Asia & Oceania, iaitu standard yang sama digunakan dalam pertandingan serantau di Jakarta.

Sijil penyertaan turut disampaikan kepada kesemua enam belas (16) finalis pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan yang berlangsung di Holiday Inn & Suites Juru, Pulau Pinang pada 1 Julai. Pengiktirafan ini mencerminkan usaha dan komitmen tinggi yang diperlukan untuk melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan selepas melalui dua pusingan saringan yang mencabar, pertandingan peringkat wilayah serta dedikasi teknikal yang jarang disaksikan oleh para penunggang di sebalik pintu bengkel.

“Ketiga-tiga juruteknik ini tidak berada di sini secara kebetulan. Mereka berada di sini kerana memilih untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang benar-benar penting, iaitu memastikan setiap motosikal Honda berfungsi pada tahap terbaiknya. Apabila mereka melangkah ke gelanggang pertandingan di Jakarta pada November nanti, mereka bukan sahaja membawa nama Boon Siew Honda, malah membawa standard kecemerlangan yang wajar menjadi aspirasi setiap juruteknik Honda di Malaysia.” Ujar Kunitomo Asano, Ketua Pegawai Eksekutif, Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

Technician Skill Contest (TSC) Boon Siew Honda merupakan pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan setiap dua tahun dan dinilai berdasarkan piawaian antarabangsa Honda Asia & Oceania. Pertandingan ini mempertandingkan dua kategori iaitu Commuter (COM), yang dinilai menggunakan Honda ADV160 dan Honda RSX150, serta Fun Sport (FUN), yang menggunakan Honda CB650R.

Edisi 2026 merangkumi Pusingan Pertama yang terdiri daripada dua saringan iaitu ujian teori pada 27–28 Januari 2026 dan ujian praktikal pada 3–5 Mac 2026, diikuti Pusingan Akhir pada 1 Julai 2026 di Ibu Pejabat Boon Siew Honda, Pulau Pinang, sebelum diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan di Holiday Inn & Suites Juru, Pulau Pinang. Seramai 16 finalis dari lima wilayah di seluruh Malaysia iaitu Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur berjaya mara ke Pusingan Akhir.