Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bot membawa Rohingya berkenaan berlabuh di kampung Ujong Pie pada Isnin, sehari selepas sebuah lagi kapal kayu bersama 57 orang Rohingya tiba di bahagian lain di Aceh pada Krismas, lapor dpa.
“Kumpulan itu terdiri 83 lelaki, 70 wanita dan 32 kanak-kanak,” kata jurucakap polis Aceh Winardy dalam satu kenyataan.
Video yang dikongsi oleh seorang penduduk tempatan menunjukkan pendatang itu termasuk kanak-kanak berada dalam keadaan lemah dan keletihan.
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berkata bilangan Rohingya yang bersabung nyawa melakukan perjalanan berbahaya dengan menaiki bot telah meningkat enam kali ganda tahun ini berbanding 2021.
Lebih satu juta muslim Rohingya melarikan diri daripada penindasan di Myanmar sejak 2017 dan kebanyakan mereka masih berada di kem pelarian di Bangladesh.
BACA: Pelarian Rohingya Mendarat Di Indonesia Selepas Sebulan Terkandas Di Laut
Sumber: Bernama