Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kisah Phoebe, Kucing Yang Hilang 20 Tahun Bertemu Semula Dengan Pemiliknya Dan Mati 2 Hari Kemudian

Gambar: Phoebe sewaktu kecil dan selepas ditemui 20 tahun kemudian - Mirror UK

Seekor kucing yang telah lama hilang selama 20 tahun ditakdirkan bertemu semula dengan pemiliknya sebelum mati dua hari kemudian.

Iklan

Kucing peliharaan yang bernama Phoebe itu dikesan pada Jumaat oleh Persatuan Diraja Untuk Menghalang Kekejaman Ke Atas Haiwan (RSPCA) sejauh tujuh batu dari rumah pemiliknya dalam keadaan yang sangat teruk.

Dia dilaporkan dijaga dari kecil sebelum hilang ketika berusia dua tahun dari rumah Christine Ball di Nantwich pada tahun 2001.

Gambar: Phoebe ketika masih kecil – Mirror UK

Christine yang kini berusia 59 tahun, telah berputus asa untuk menemui Phoebe lagi setelah usaha pencariannya selama dua dekad tidak menemui hasil.

Dia berusaha memasang risalah di sekitar kawasan setempat dan mengetuk pintu rumah jiran-jiran bagi mencari Phoebe.

Namun, Christine terkejut apabila mendapat panggilan telefon dari RSPCA yang memberitahu bahawa mereka telah berjaya menjumpai Phoebe.

Hiawan itu yang berada bersendirian di sebuah ladang di Bridgemere ditemui oleh seorang wanita yang kemudian membawanya ke Pusat Haiwan Stapeley Grange RSPCA.

Kakitangan di pusat itu mendapati bahawa Phoebe mempunyai cip mikro dan terkejut apabila kucing itu adalah dari pusat tersebut sebelum diserahkan kepada pemilik baru ketika masih kecil.

Ketika diperiksa, doktor mengesahkan Phoebe menderita tumor otak dan jalan terbaik adalah Phoebe dimatikan (put to sleep) agar kucing itu dapat pergi dengan tenang.

Gambar: Phoebe ketika dijumpai 20 tahun kemudian – Mirror UK

Phoebe kemudian diserahkan semula kepada pemiliknya dan dia menghabiskan baki dua hari terakhir dalam hidup di rumah dengan penuh keselesaan dan kasih sayang dari Christine.

Christine berkata, dia bersyukur kerana badan amal kebajikan haiwan itu dapat mengesan Phoebe pada waktu yang tepat untuk dia mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan kesayangannya.

Tambah Christine, doktor memberitahu bahawa kemungkinan besar Phoebe telah dijaga oleh keluarga lain selama ini kerana haiwan itu tidak mungkin akan bertahan selama 20 tahun sebagai kucing jalanan.

”Kami bersyukur Phoebe hidup begitu lama tetapi sungguh menyedihkan bahawa kami menjumpainya dan tidak lama kemudian, kami terpaksa melepaskannya semula,” kata Christine.

Gambar: Phoebe – Mirror UK

Lee Stewart, pengurus di Stapeley Grange Animal Center berkata: ”Kes ini menunjukkan mengapa mikrocip haiwan kesayangan anda sangat penting dan anda perlu memberitahu syarikat chip sekiranya terdapat perubahan kontak.

”Kami telah bertemu semula kucing yang telah hilang selama beberapa tahun tetapi saya tidak pernah menemui kucing yang hilang dari rumah selama 20 tahun.

“Ini sangat mengagumkan, begitu juga dengan fakta bahawa Phoebe hidup hingga berusia 22 tahun.

”Keadaannya menyedihkan tetapi sekurang-kurangnya dia bersama mereka yang benar-benar menjaganya pada akhir hayatnya,” katanya.

Sumber: Mirror UK