Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kisah Sedih Pencipta Wiper Kereta

kisah pencipta wiper kereta

Kisah Sedih Pencipta Wiper Kereta

Setiap komponen yang ada pada kereta sehingga kini tersimpan sejarahnya yang tersendiri sehingga ia digunakan secara global.

Tidak ketinggalan juga pengelap cermin depan atau lebih mesra dikenali sebagai wiper untuk memudahkan pemandu bersihkan cermin ketika memandu.

Kisah Sedih Pencipta Wiper Kereta

Pada musim sejuk 1902, seorang wanita bernama Mary Anderson dari Alabama sedang bersiar-siar di bandar New York menaiki trem.

Mary perasan sesuatu iaitu pemandu terpaksa buka tingkap untuk melihat jalan di hadapan disebabkan cermin depan dah dipenuhi salji.

Trem itu juga berhenti beberapa kali untuk membersihkan salji pada cermin depan secara manual menggunakan pengelap.

Mary berfikir pasti ada cara untuk selesaikan masalah itu supaya pemandu trem tidak perlu lagi buka tingkap dan berhenti berkali-kali untuk bersihkan cermin depan.

Mary pulang ke Alabama dan melakar satu rekaan mekanikal iaitu kompnen sebuah lengan tuas dalam kereta yang disambung dengan bilah getah yang merentasi cermin depan.

Beliau juga meletakkan pemberat supaya bilah itu sentiasa melekat pada cermin depan dengan kemas.

Akhirnya pada tahun 1903, Mary dapat patenkan rekaan beliau sebagai Automatic Car Window Cleaning Device.

Tak Diterima Dalam Industri Automotif

Walaupun wiper rekaan Mary berfungsi dengan baik, kebanyakkan syarikat automotif menolak rekaan tersebut kerana menyifatkanwiper itu mengganggu tumpuan pemandu.

Selain itu, mereka berpendapat ciptaan itu tidak mempunyai nilai komersial yang kuat.

Paten Mary akhirnya tamat tempoh pada tahun 1920 iaitu sebelum wiper digunakan pada kebanyakkan kereta.

Tambah sedih lagi, May tidak pernah menerima satu sen pun hasil dari ciptaannya yang sehingga kini digunakan pada hampir semua kenderaan.

Kesimpulan

Begitulah kisah suka duka Mary Anderson si pencipta wiper cermin kereta yang pada mulanya semangat untuk selesaikan masalah.

Akhirnya, beliau tidak mendapat manfaat pun dari hasil rekaannya yang kita guna sampai ke hari ini.

Begitulah kehidupan, tak semua yang kita lakukan, dihargai oleh semua orang walaupun apa yang kita buat bagi manfaat pada ramai orang.

Komen pendapat anda...

BACA JUGA!