Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kita Harus Sama-Sama Kuat Pak, Doa Dan Solat Harus Diteruskan” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Perintah kawalan pergerakan (PKP) memberi impak yang besar terhadap kehidupan seharian bagi penduduk negara ini. Ia bagaikan berubah 360 darjah dan turut menjejaskan buruh kasar serta warga asing.

Rutin setiap pagi keluar mencari rezeki, kini telah bertukar kepada bekerja dari rumah akibat penularan wabak ini dan juga sejak pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan dibuat.

Terbaru, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri melalui laman Twitter miliknya berkongsi gambar ketika meninjau keberadaan buruh kasar di sekitar Cyberjaya bagi menyampaikan bantuan bekalan makanan.

Menteri Hal Ehwal Agama itu berharap dengan bantuan barangan asas berjumlah RM8,000 dan makanan ‘ready-to-eat’ yang disumbangkan , dapat meringankan sedikit beban buruh kasar di situ. Beliau juga berpesan kepada mereka, “Kita harus sama-sama kuat pak. Doa, solat dan munajat harus diteruskan.”⁣

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri