Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Laporan Eksklusif Siakap Keli
Itulah antara kenyataan tegas Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom dalam temubual eksklusif bersama wakil Siakap Keli baru-baru ini. Beliau menjelaskan keperluan mendesak untuk meminda Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), yang kini dalam proses digubal semula sebagai satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu dijangka dibentangkan pada tahun 2025.
Akta 304 yang sedia ada lebih tertumpu kepada aspek keselamatan asas (safety). Namun dunia kini berdepan ancaman lebih kompleks seperti:
Risiko penyeludupan bahan radioaktif
Penyalahgunaan bahan nuklear oleh pihak tidak bertanggungjawab
Kekurangan kuasa penguatkuasaan terhadap penggunaan bahan dwi-guna (dual-use items)
Perkara-perkara ini tidak ditangani secara menyeluruh oleh akta sedia ada.
RUU baharu ini bukan sekadar menambah denda atau meminda prosedur. Ia bertujuan memperluas kuasa Jabatan Tenaga Atom dalam aspek keselamatan (safety), keselamatan fizikal (security), dan kawalgunaan bahan nuklear (safeguards).

Beberapa tahun lalu, terdapat cubaan menyeludup bahan radioaktif melalui sempadan ASEAN. Meskipun Malaysia hanya sebagai negara transit, mujurlah sistem pengesan sinaran di pelabuhan kita berjaya mengesan aktiviti tersebut. Jika kita tiada sistem kawalan yang mantap – negara kita boleh dituduh berkompromi dengan keselamatan serantau.
Dalam kes ini, sistem pengesan sinaran yang dipasang di pelabuhan Malaysia berjaya mengesan aktiviti luar biasa itu. Namun, menurut Ketua Pengarah, tanpa penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan selari dengan undang-undang antarabangsa, Malaysia boleh dianggap sebagai lemah dan ketinggalan dari segi kawalan bahan nuklear.


Baca : https://siakapkeli.my/2024/10/07/ramai-ingat-dari-bom-nuklear-je-radiasi-sebenarnya-selalu-ada-di-sekeliling-kita/
Baca: https://siakapkeli.my/2024/07/09/malaysia-tidak-kompromi-sentiasa-sedia-pantas-hadapi-ancaman-nuklear/
Pindaan akta juga mencetuskan cabaran berkaitan pertindihan bidang kuasa, khususnya dengan kerajaan negeri dalam urusan perlombongan.
Pihak negeri mungkin bimbang hasil dan cukai mereka terjejas, tapi Ketua Pengarah menjelaskan bahawa akta baharu hanya mengawal aspek radioaktif, bukan urus cukai atau hasil negeri. Jika tiada kawalan rapi, Malaysia boleh dikenakan sekatan oleh agensi luar – satu kerugian besar untuk ekonomi negeri dan negara.

Pernah berlaku kes di mana sebuah syarikat tempatan tidak dapat mengeksport produk ke luar negara kerana tidak memenuhi piawaian kawalan nuklear antarabangsa.
Masalah ini timbul kerana konflik antara Akta 304 dan Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010) yang mengawal barang dwi-guna. Tanpa penyelarasan undang-undang, industri kita boleh tersekat, pelabur hilang keyakinan, dan pekerja akan kehilangan mata pencarian.

Satu perkara yang Ketua Pengarah turut menekankan salah faham umum terhadap teknologi nuklear.
Contohnya:
Rawatan kanser menggunakan terapi sinaran (radiotherapy)
Teknologi pengimejan dalam bidang perubatan
Sterilisasi peralatan perubatan dan makanan
Loji kuasa nuklear sebagai alternatif tenaga bersih
Malaysia kini giat membina kapasiti sumber manusia sebagai persediaan sekiranya kerajaan memutuskan untuk membangunkan loji kuasa nuklear pada masa depan.

Baca: https://siakapkeli.my/2025/06/17/malaysia-perlu-tenaga-nuklear-untuk-capai-sasaran-sifar-bersih-2050/
Malaysia kini mempengerusikan ASEANTOM, badan serantau kawal selia tenaga atom. Kita juga ada Nuclear Security Support Center (NSSC) dan Pusat Simulasi Tindak Balas Nuklear yang melatih anggota polis, kastam dan penguatkuasa lain dalam simulasi keselamatan dan sekuriti khususnya kecemasan sinaran.
Malah, alat pengesan sinaran buatan Malaysia telah dijual ke Indonesia – bukti kita memiliki kepakaran dan potensi dalam bidang ini.
RUU baharu bukan sekadar soal teknikal dalam bilik mesyuarat. Ia menyentuh soal nyawa rakyat, keselamatan negara, dan masa depan ekonomi Malaysia.
Dengan pindaan RUU ini, Malaysia bukan sahaja akan menjadi negara selamat dari ancaman bahan radioaktif, malah boleh menjadi hab teknologi nuklear aman yang dipercayai di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan Jabatan Tenaga Atom Malaysia sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya, anda boleh membaca artikel penuh di laman rasmi DBP: https://jendeladbp.my/ujana/dewan-kosmik-jun-2025/