Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kita Sedang Bincang Sama Ada Nak Letakkan Harga Siling Untuk Ujian PCR – Khairy

COVID-19: 30,787 kes baharu dicatatkan setakat 10 Mac 2022
Gambar via Bernama

Melalui sesi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, Menteri Keshiatan, Khairy Jamaluddin menjawab persoalan sama ada kos ujian PCR akan dikurangkan dalam fasa peralihan ke endemik.

Menurut Khairy, pihaknya dalam proses berbincang dengan pihak KPDNHEP sama ada untuk meletakkan harga siling untuk ujian tersebut.

“Kita sedang bincang dengan KPDNHEP tentang harga RT-PCR sama ada kita nak letakkan harga siling, tapi jawapan saya adalah lebih fundamental,” katanya

Tambah beliau, ujian RT-PCR hanya perlu digunakan untuk pengembara dan tujuan klinikal bagi fasa peralihan endemik.

“Bila kita beralih ke fasa endemik atau mula transisi ke peringkat endemik, kita sepatutnya tidak bergantung kepada RT-PCR lagi.

“RT-PCR pada peringkat peralihan endemik perlu digunakan hanya untuk pengembara atau untuk klinikal sahaja.

“Bila kita nak pergi ke endemik, kita perlu lebih bergantung kepada ujian bergejala (symptomatic testing) dan menggunakan RTK Antigen sebab itu kita tukar protokol untuk pengembara yang masuk ke negara kita,” katanya.

Sumber: Sidang Media KKM