Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KJ Diam-diam Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Kajang, Staf Kesihatan Puji “Macam Ni Baru Tahu Keadaan Sebenar”

Gambar Via Nik Aminudin NSS

Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin telah melakukan lawatan secara mengejut di Hospital Kajang, hari ini.

Foto-foto ketika beliau berada di hospital itu telah tular di media sosial dan difahamkan beliau hanya membawa seorang sahaja pegawai untuk mengiringinya.

Dengan memakai pakaian biasa dan tanpa sebarang protokol rasmi, beliau dilihat menyapa petugas dan melihat keadaan di hospital itu.

Datang pada cuti hujung minggu, para netizen mengesyaki bahawa ketibaannya itu pasti tidak diketahui oleh pihak atasan hospital itu.

Rata-rata netizen juga mengatakan bahawa lawatan mengejut seperti itu perlu dilakukan bagi melihat keadaan sebenar yang berlaku di hospital negara ini.

Ni baru betul lawatan

Semua menteri kena buat macam ni

Harap dapat buat perubahan

Sumber: Nik Aminudin Nss, Khairul Hafidz