Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
kj perhimpunan umno izin
Kredit: Astro Awani
KJ Hadir Perhimpunan Agung UMNO Dengan Izin Zahid

Azizah Najib

KJ Hadir Perhimpunan Agung UMNO Dengan Izin Zahid

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa kehadiran beliau di Perhimpunan Agung UMNO hari ini adalah selepas mendapat izin Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Memetik Astro Awani, beliau berkata kehadirannya pada perhimpunan kali ini menjadi detik penuh emosi selepas dua tahun disingkirkan daripada parti.

“Semalam saya jumpa dengan Datuk Seri Zahid di majlis tahlil. Saya tanya, bolehkah saya datang hari ini? Kalau Datuk Seri tak nak saya datang, saya tak datang.

“Saya hanya datang kalau diberi izin. Dan saya ucapkan terima kasih sebab dia kata please come,” maklum beliau.

Dalam pada itu, Khairy menegaskan bahawa kehadiran beliau dalam perhimpunan kali ini bukan sebagai tanda penyertaan semula parti secara rasmi. Menurutnya, tindakan tersebut disifatkan sebagai langkah awal untuk kembali mendekati parti.

“Hari ini sangat-sangat emotional bagi saya. Saya dapat pulang ke perhimpunan parti saya. Insya-Allah, benda-benda baik lepas ini.

“Selangkah kembali, menyertai UMNO kembali. Ya, one step at a time. Hari ini saya hadir sebagai pemerhati,” jelas Khairy.

Beliau turut memuji ucapan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh yang dikatakan berprinsip berikutan mengekalkan sokongan kepada kerajaan perpaduan demi kestabilan politik serta memastikan garis merah UMNO tidak dilanggar mana-mana pihak.

“Apa yang Akmal buat hari ini sangat berprinsip. Dia kata kita akur untuk terus menyokong kerajaan sedia ada, tetapi pada masa sama, apa yang patut dibuat, perlu dibuat.

“Dia tekankan ini bukan perhimpunan kebencian. Penyatuan Melayu tidak perlu menjadi sesuatu yang ditakuti oleh orang lain,” ujar beliau.

Sementara itu, Khairy menzahirkan harapan beliau agar usaha Pemuda UMNO mampu menyatukan orang Melayu tanpa mencetuskan ketakutan atau perpecahan kaum.

“Jangan jadikan agenda ini sebagai pembencian terhadap mana-mana kaum. Itu sangat penting,” titipnya.

BACA: 14 Warga Asing Ditahan Disyaki Menggunakan MyKad Palsu

BACA: Cuaca Sejuk Menyelubungi Pantai Timur, Rupanya Datang Dari Siberia

Sumber: Astro Awani