Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KKM Buka Peluang Kepada Orang Ramai Beri Cadangan Untuk Rakyat Malaysia Kekal Sihat Selepas PKP

Kementerian Kesihatan (KKM) membuka peluang kepada orang ramai memberi cadangan atau pandangan untuk rakyat Malaysia kekal sihat selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Sebarang cadangan atau pandangan tersebut boleh disalurkan menerusi pautan https://tinyurl.com/soalrakyatpascaCOVID atau terus ke kiriman hebahan tersebut di Facebook/Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, beberapa warganet telah pun memberi pandangan mereka di ruangan komen di Facebook serta ‘reply’ di Twitter sejurus hebahan tersebut dimaklumkan.

Sumber: KKM