Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KKM Nafi Keluarkan Kenyataan Larangan Rentas Daerah Di Seluruh Negara

Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi dalam ciapan terbaharu di laman Twitter mereka menegaskan berita tular yang mengatakan larangan merentas daerah di seluruh negara adalah palsu.

Menurut KKM, pihak mereka tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan meminta rakyat untuk tidak kongsi atau tularkan kenyataan palsu ini.

Semalam, negara mencatat 260 kes positif baharu Covid-19 dan itu adalah jumlah kes harian kedua tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik ini melanda negara.

Sumber: KKM