Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KKM Sahkan Ia Berita Palsu, Kononnya 3 Kes Covid-19 Di Kalangan Staf Yang Telah Divaksin Dos Pertama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai untuk berhenti menyebarkan berita palsu yang didakwa dihantar oleh KKM mengenai kes Covid-19 yang dilaporkan dikesan dalam kalangan staf yang mendapat vaksin dos pertama.

Iklan

Antara intipati mesej yang tersebar menyebut: ”Terdapat 3 kes Covid dikesan dalam kalangan staf yang telah divaksin dos pertama (data kebangsaan).

”Oleh itu, mohon kerjasama semua untuk mengingatkan bahawa staf yang telah divaskin masih berisiko untuk dijnagkiti Covid.”

Tegas KKM, maklumat yang tersebar itu adalah sama sekali tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia