Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Klook Lancar ‘Bloom Back Guarantee’ Bagi Musim Bunga Jepun

KLOOK

Klook Lancar ‘Bloom Back Guarantee’ Bagi Musim Bunga Jepun

Bagi ramai pelancong Malaysia, perjalanan musim bunga ke Jepun atau Korea Selatan merupakan impian dalam senarai destinasi wajib. Namun, sifat musim bunga yang tidak menentu sering menimbulkan “kebimbangan bunga mekar” (bloom anxiety) apabila pelancong bimbang terlepas tempoh puncak bunga sakura.

Menangani kebimbangan ini secara langsung, Klook, platform pengalaman pelancongan serantau terkemuka di Asia Pasifik, telah memperkenalkan Bloom Back Guarantee, perlindungan pertama seumpamanya di pasaran untuk pelancong yang risau terlepas musim bunga sakura.

Sebagai sebahagian daripada kempen musim bunga Klook bagi tahun 2026, jaminan eksklusif ini menawarkan pulangan semula 30% bagi lawatan terpilih di Jepun dan Korea Selatan sekiranya bunga sakura gagal mekar dalam tempoh ramalan rasmi.

Jaminan ini diperkenalkan seiring pelancaran Spring Readiness Index oleh Klook, yang berfungsi sebagai penunjuk kesiapsiagaan musim dan lanjutan masa nyata kepada kajian tahunan Travel Pulse jenama tersebut.

Indeks ini memberikan gambaran mendalam tentang bagaimana pelancong membuat persiapan untuk musim pelancongan puncak yang akan datang. Hasilnya menunjukkan bahawa 66% rakyat Malaysia menamakan Jepun sebagai destinasi utama musim ini, diikuti Korea Selatan (54%) dan China (47%).

Tinjauan Malaysia: Kebangkitan Trend “Experience Chase”

Spring Readiness Index oleh Klook turut menonjolkan perubahan ketara dalam cara rakyat Malaysia merancang perjalanan antarabangsa pada tahun 2026:

  • Kelebihan Ringgit: Rakyat Malaysia mengambil peluang daripada pengukuhan Ringgit untuk melancong dengan lebih meluas pada tahun ini.

  • Trend pelbagai destinasi: Daripada hanya melawat satu bandar, 74% rakyat Malaysia kini memilih jadual perjalanan pelbagai destinasi. Hab utama kini menjadi “pintu masuk” ke destinasi baharu seperti Nagoya, Shizuoka dan Hakone di Jepun, atau Gyeonggi-do di Korea Selatan.

  • Perancangan fleksibel: 70% pelancong tempatan menempah aktiviti dalam tempoh dua bulan sebelum berlepas, satu jangka masa yang lebih pendek bagi membolehkan mereka menyesuaikan rancangan perjalanan berdasarkan ramalan bunga sakura secara masa nyata.

  • Kebimbangan utama: Walaupun minat melancong meningkat, 50% rakyat Malaysia bimbang tentang kenaikan harga musim puncak, manakala 49% risau mengenai kekurangan slot bagi tarikan popular.

Panduan Masa Nyata daripada “Chief Spring Officers”

Sebagai sebahagian daripada kempen pelancongan musim bunga yang lebih luas, Klook mula merekrut Chief Spring Officer pada Februari 2026, satu peranan khas yang diwujudkan untuk membantu pelancong menavigasi kerumitan perjalanan pada musim puncak.

Majlis ini, yang turut merangkumi Chanwon sebagai wakil Malaysia, akan berkongsi insight secara langsung dari lokasi, menterjemahkan pengalaman perjalanan mereka kepada panduan praktikal, kandungan dan cadangan masa nyata bagi membantu pelancong merancang perjalanan dengan lebih mudah. Kandungan mereka juga akan dikongsikan melalui akaun Instagram @klookmy.

Menjadikan Perjalanan Musim Bunga Lebih Mudah Diakses

Seiring dengan pengukuhan mata wang tempatan, Klook turut memperkenalkan beberapa promosi khusus untuk pengguna di Malaysia:

  • Penjimatan Eksklusif: Nikmati penjimatan sehingga RM1,200 melalui kod promosi Cherry Blossom.

  • Tawaran Mingguan: Diskaun 6% bagi destinasi Jepun, China, Korea dan Taiwan.

  • TKIF (Thank Klook It's Friday): Diskaun tambahan 10% setiap hari Jumaat pada jam 12 tengah hari.

  • Pengalaman khas: Lawatan eksklusif Klook ke Secret Garden di Everland, Korea Selatan, bagi pengalaman melihat bunga sakura secara lebih intim jauh daripada kesesakan pengunjung.

“Perjalanan musim bunga hari ini mencerminkan minda pelancong yang lebih terancang,” kata Marcus Yong, Naib Presiden Pemasaran Global di Klook. “Melalui Bloom Back Guarantee dan Spring Readiness Index, kami menukar pandangan bermusim kepada penyelesaian sebenar, membantu rakyat Malaysia merancang perjalanan mereka dengan lebih fleksibel dan tenang.”

“Dapatan ini juga membantu membentuk cara Klook menyokong pelancong, sama ada secara dalam talian mahupun di lokasi sepanjang musim ini..”

Untuk maklumat lanjut dan melihat senarai penuh lawatan yang dilindungi di bawah “Bloom Back”, sila layari Klook Spring Hub: https://www.klook.com/en-MY/tetris/promo/cherryblossom-my.