Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Klook Lancar Pencarian Global Untuk Hadiahkan Percutian Ke Switzerland Kepada Lima Perancang Percutian

KLOOK
Sumber : Klook

Klook Lancar Pencarian Global Untuk Hadiahkan Percutian Ke Switzerland Kepada Lima Perancang Percutian

Susulan kajian yang mendapati perancang percutian merupakan individu yang paling kurang menerima penghargaan dalam setiap kumpulan, Klook kini mengajak pelancong di seluruh dunia, termasuk rakyat Malaysia, untuk mencalonkan (atau mencalonkan diri sendiri) perancang percutian yang layak menikmati sebuah percutian yang tidak perlu mereka rancang sendiri. Menerusi kempen global ‘Thank You, Travel Planners’, lima perancang percutian yang terpilih akan dihadiahkan percutian yang selama ini mereka sibuk rancangkan untuk orang lain.

Sama ada percutian hujung minggu bersama rakan-rakan atau percutian keluarga, biasanya ada seorang yang akan mengambil alih tugas merancang semuanya. Dialah yang menyediakan jadual perjalanan.

Dialah yang perlu menjawab mesej “Eh, pukul berapa kita bertolak?” pada tengah malam. Dialah juga yang dipersalahkan apabila rancangan perjalanan tidak memenuhi kehendak semua orang, tetapi jarang mendapat penghargaan apabila semuanya berjalan lancar.

Kajian terbaharu Klook yang melibatkan 2,725 pelancong merentasi 10 pasaran mengesahkan apa yang telah lama dirasakan oleh perancang percutian, merancang perjalanan merupakan antara tugas yang paling kurang dihargai apabila dilakukan untuk orang lain, malah berada di belakang pertolongan harian seperti membantu membawa beg atau memegang pintu.

Lebih lapan daripada 10 perancang berkata mereka menghabiskan lebih 10 jam untuk mengatur satu perjalanan berkumpulan, dan menganggarkan masa mereka bernilai lebih AS$50 (kira-kira RM205) sejam. Situasi sama turut dialami di Malaysia, dengan lebih tujuh daripada 10 (75.8%) perancang percutian berkata mereka mengambil masa lebih 10 jam untuk mengatur percutian berkumpulan selama seminggu.

Bagi ramai perancang percutian, tanggungjawab itu juga tidak semestinya berakhir apabila orang lain mengambil alih tugas merancang. Seramai 42.4% mengakui bahawa mereka masih memerhati dari jauh dengan rasa bimbang, sentiasa menyemak perkembangan, tertanya-tanya sama ada semuanya telah diuruskan dengan betul dan bersedia untuk membantu jika diperlukan.

Menyerahkan tugas merancang perjalanan kepada orang lain tidak bermakna kerja itu hilang begitu sahaja; ia cuma berpindah tangan. Masih ada seseorang yang perlu membuka satu demi satu tab, mengejar jawapan dalam WhatsApp dan membuat keputusan untuk seluruh kumpulan. Bagi ramai perancang percutian, memastikan perjalanan berjalan lancar tetap menjadi tanggungjawab yang mereka rasakan sehingga semua orang selamat pulang ke rumah.

“Kami membangunkan Klook untuk memudahkan perancangan perjalanan supaya pelancong dapat meluangkan lebih sedikit masa menguruskan segala urusan dan lebih banyak masa menikmati pengalaman,” kata Marcus Yong, Naib Presiden Pemasaran Global Klook. “Kini, kami membawa komitmen itu selangkah lebih jauh dengan menyediakan percutian yang dirancang sepenuhnya untuk lima perancang percutian yang sentiasa memastikan perjalanan bersama rakan dan keluarga berjalan lancar.”

“Kali ini, biarlah mereka pula bercuti daripada merancang percutian,” tambah beliau.

Bagi menghargai perancang percutian yang sentiasa menjadi tulang belakang setiap perjalanan berkumpulan, Klook melancarkan pencarian global dari 10 hingga 31 Ogos 2026 untuk mencari lima perancang percutian yang bukan sahaja hebat dalam merancang perjalanan, tetapi mungkin sudah penat kerana asyik menjadi orang yang perlu melakukannya.

Lima pemenang akan dibawa menikmati percutian selama tujuh hari ke Switzerland pada Disember 2026 dengan semua perbelanjaan ditanggung, dan kali ini, satu-satunya perkara yang perlu mereka lakukan hanyalah hadir dan menikmati perjalanan.

Selain hadiah global, Klook Malaysia juga akan memilih tiga pemenang tempatan daripada semua penyertaan dari Malaysia. Pemenang hadiah utama akan menerima percutian misteri untuk dua orang, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima Kad eHadiah Klook bernilai RM500 dan RM300.

Cara untuk menyertai amat mudah. Calonkan perancang percutian dalam hidup anda (atau diri anda sendiri) dengan berkongsi kisah tentang bagaimana mereka berjaya memastikan seluruh perjalanan menjadi kenyataan.

Apa yang mereka uruskan? Apakah cabaran yang terpaksa mereka hadapi? Dan mengapa mereka layak menikmati percutian ini? 

Kisah anda akan membantu Klook memahami mengapa sudah tiba masanya untuk mereka bercuti daripada merancang percutian.

Untuk mendapatkan mata bonus, rakyat Malaysia juga digalakkan memuat naik video berdurasi 60 saat atau berkongsi pautan video (TikTok, YouTube atau Google Drive) yang menunjukkan perancang percutian tersebut ketika ‘beraksi’.

Antaranya boleh termasuk jadual perjalanan yang disusun rapi, proses perancangan mereka yang teliti atau detik-detik menarik yang menunjukkan peranan mereka dalam memastikan percutian tersebut berjalan lancar.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Thank You, Travel Planners’, sila layari klook.com/en-MY/tetris/promo/thankyoutravelplanners.

Intipati
  • Klook melancarkan kempen global untuk menghargai perancang percutian yang sering kurang diraikan.
  • Lima pemenang akan menerima percutian tujuh hari ke Switzerland pada Disember 2026.
  • Klook Malaysia turut menawarkan hadiah tempatan, termasuk percutian misteri dan Kad eHadiah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan