Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Komander Muhamad Amir Sentiasa Penuhi Permintaan Anak
IPOH, 23 April (Bernama) — Nuraina Farhana, anak sulung kepada Komander Muhamad Amir Mohamad berkata dia sedang mengikuti kelas pastri di sekolahnya apabila dimaklumkan bapanya terkorban dalam nahas helikopter pagi tadi.
Nuraina Farhana, 16, pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar berkata dia yang tinggal di asrama sekolah menerima panggilan berkenaan daripada gurunya.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan ayah pada Ahad lepas, namun dia tidak pesan apa-apa, semuanya macam biasa sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.
Menurut Nuraina Farhana, arwah bapanya seorang yang tidak banyak bercakap, tetapi sentiasa memenuhi keperluan dan permintaan anak.
“Kenangan yang akan saya ingat ialah ayah selalu bawa main futsal semasa saya masih kecil,” katanya sambil menambah jenazah dijangka dikebumikan di Kampung Sitiawan, esok selepas proses bedah siasat selesai.
Allahyarham antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi tadi.
Tragedi membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) itu berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.
BACA: Nahas Helikopter TLDM: Muhammad Faisol Minta Bergambar Buat Kali Terakhir – Kakak
Sumber: Bernama