Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Konflik Dengan Kemboja Berpotensi Jadi Perang – Pemangku PM Thailand

Fazidi
thailand kemboja perang
Gambar: AFP

Konflik Dengan Kemboja Berpotensi Jadi Perang – Pemangku PM Thailand

Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai memberi amaran konflik sempadan dengan Kemboja yang berlaku ketika ini berpotensi berkembang menjadi perang.

Menurut AFP, pertempuran bersenjata antara kedua-dua pihak kini memasuki hari kedua.

“Kami cuba berkompromi kerana kedua-dua negara adalah jiran. Tetapi kami kini mengarahkan Tentera Thailand untuk bertindak segera sekiranya kecemasan berlaku.

“Jika situasi terus tegang, ia boleh berkembang menjadi perang. Namun setakat ini, konflik hanya terhad kepada pertempuran di sempadan,” kata Wechayachai kepada wartawan di Bangkok.

Semalam, rantau ini digemparkan dengan insiden pertempuran melibatkan Tentera Thailand dengan Kemboja di kawasan sempadan yang dipertikaikan oleh kedua-dua negara.

Bunyi tembakan artileri kedengaran dari kawasan sempadan di sebelah Kemboja, dimana sekurang-kurangnya seorang dlaporkan maut dan lima lagi cedera di wilayah Oddar Meanchey.

Manakala Thailand sudah pun memindahkan kira-kira 138,000 warganya yang mentetap berhampiran dengan kawasan sempadan di mana konflik meletus.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 15 orang warga Thailand maut manakala 46 orang lagi cedera.

BACA: Mahal Tapi Laku Keras, Pekebun Dedah Cara Jadikan Musang King Durian Paling Bernilai & Digilai

Sumber: AFP