Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Korea Selatan Hasil Inovasi Baharu Pelitup ‘Separuh’ Muka, Hanya Tutup Hidung

Faiz Mustafa
Kredit; Oddity Central

Tular topeng muka terbaru yang dikeluarkan di Korea Selatan yang hanya menutupi hidung, ia mendapat perhatian ramai termasuk akhbar-akhbar dari Barat. Menurut Oddity, topeng itu digelar ‘kosk’ iaitu gabungan ‘ko’ yang membawa maksud hidung dalam bahasa korea.

Topeng muka yang dikeluarkan oleh syarikat Antman, Korea selatan itu mempunyai dua bahagian. Salah satu dari bahagian tersebut boleh ditanggalkan dan hanya menutup hidung.

Menurut Oddity Central, rekaan ini dicipta bagi memudahkan pengguna seperti semasa makan atau apa jua aktiviti yang melibatkan mulut. Meskipun sedang menikmati makanan, perlindungan terhadap Covid-19 masih boleh dilaksanakan dengan menutupi bahagian hidung.

Namun, ia tular di beberapa buah negara Barat yang menyatakan bahawa topeng muka tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan dianggap bodoh oleh sesetengah pihak.

Kredit: Oddity Central

Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa hidung adalah jalan yang paling mudah untuk virus tersebut menyerang tubuh manusia. Beberapa pakar kesihatan berpendapat bahawa topeng hidung adalah lebih baik daripada tidak memakainya langsung.

Pengerusi Epidemiologi, Institut Transformasi Kesihatan Deakin, Catherine Bennett berpendapat bahawa walaupun ia hanya membawa perubahan kecil, namun ciptaan tersebut masih sebuah idea yang ‘pelik’.

Meskipun sebegitu, namun topeng tersebut berjaya mendapatkan tanda lima ‘bintang’ daripada 118 ulasan di platform membeli belah atas talian Coupang. Ia dikatakan dijual dengan harga RM34 dan mempunyai 10 keping per pek.

Selain itu, ada sejenis topeng muka lebih kurang sama turut dijual di Spar Clone Fabric berharga lebih kurang RM6 untuk tiga set yang boleh diguna pakai berulang kali.

Kredit: Oddity Central

Sumber: Oddity Central