SEOUL, 12 Okt (Bernama)– Kementerian Luar Seoul menyatakan bahawa mereka akan menyumbangkan vaksin COVID-19 kepada Vietnam dan Thailand.
Menurut laporan Xinhua, Korea Selatan akan menyumbangkan vaksin AstraZeneca sebanyak 1.1 juta dos kepada Vietnam dan 470,000 dos kepada Thailand.
Dikhabarkan lagi bahawa, penghantaran dijadualkan tiba pada hari Rabu.
Sumbangan tersebut diberikan berdasarkan pertimbangan permintaan vaksin, keselamatan warga Korea Selatan yang tinggal di negara asing dan situasi COVID-19.
Kementerian Luar Seoul juga menjelaskan bahawa pemberian sumbangan tersebut juga bertujuan untuk menunjukkan tanda sokongan Korea Selatan dalam usaha global bagi memerangi pandemik COVID-19.
Sumber: BERNAMA
