Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Koronavirus : Gesa Pemeriksaan Lebih Ketat Ke Atas Kapal Dari China

Gambar : Bernama

Kuala Lumpur : Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) menggesa pegawai kesihatan di pelabuhan menjalankan pemeriksaan lebih ketat terhadap anak kapal yang tiba dari China, negara di mana novel koronavirus mula dikesan.

Setiausahanya, Zaini Nordin, berkata langkah itu untuk mencegah virus berkenaan merebak kepada pekerja pelabuhan Malaysia.

“Jabatan Laut perlu mengarahkan pegawai kesihatan pelabuhan melakukan pemeriksaan ke atas anak kapal dari wilayah di China yang dilanda koronavirus.

“Hanya pegawai kesihatan pelabuhan boleh masuk ke dalam kapal dan melakukan pemeriksaan,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil pihak berkuasa pelabuhan Malaysia untuk mencegah penyebaran virus itu.

Mengulas lanjut, Zaini berkata pegawai kesihatan pelabuhan tempatan harus menjalankan kempen untuk mendidik pekerja mengenai virus itu dan penyakit berjangkit lain yang boleh disebarkan melalui anak kapal.

“Pihak berkuasa kesihatan harus mengedarkan risalah mengenai wabak koronavirus kepada pekerja pelabuhan di seluruh negara untuk menimbulkan kesedaran mengenai penyakit itu, supaya mereka lebih berhati-hati,” katanya.

Zaini turut melahirkan penghargaannya terhadap usaha kerajaan dalam menangani virus itu seperti saringan kesihatan terhadap penumpang di lapangan terbang dan langkah sama perlu diperluas kepada anak kapal yang tiba di pelabuhan.

Novel koronavirus pertama kali dilaporkan pada 31 Dis 2019 di Wuhan, China, pada awalnya ia disebarkan antara haiwan kepada manusia, kini ia dikatakan boleh dijangkiti antara manusia kepada manusia.

Menurut laporan berita, Malaysia di tangga ketiga di kalangan negara-negara Asia dari segi kesediaan menghadapi wabak penyakit.

Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) yang dikeluarkan pada Oktober lalu menyenaraikan Malaysia di tangga ke-18 daripada 195 negara dianggap “paling bersedia” untuk menangani pandemik.

Sumber : Bernama