Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kos Sara Hidup Tinggi, Mahasiswa PhD Di Switzerland Makan Makanan Kucing Untuk Berjimat
Seorang mahasiswa Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari China yang menetap di Switzerland mendedahkan bahawa beliau menjadikan makanan kucing sebagai sumber protein disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi di negara itu.
Menurut South China Morning Post, kisah beliau turut menjadi tular di media sosial kerana kehidupannya yang luar biasa dalam usaha menamatkan pengajian kedoktoran di salah sebuah institut penyelidikan ternama di Switzerland.
Difahamkan, beliau merupakan lulusan perubatan dari China yang berjaya menabung sebanyak 300,000 yuan hasil kerjanya di Shanghai sebelum melanjutkan pengajian PhD di luar negara.
Lelaki itu menjalani kehidupan dengan bekalan makanan yang amat terhad bagi menampung pengajian doktor perubatannya. Malah, beliau turut menderma darah sebagai cara untuk memperoleh makanan percuma.
“Di Switzerland, seorang pelajar PhD biasanya memerlukan antara 1,000 hingga 1,500 Franc Swiss sebulan
“Saya melihat ramai pelajar PhD yang berhenti separuh jalan kerana tidak mampu menanggung kos hidup di sini. Saya tidak mahu menjadi salah seorang daripada mereka,” katanya.
Dalam salah satu perkongsiannya, beliau mendedahkan cara unik bagi mengekalkan kesihatan dan kekuatan otot dengan memakan makanan kucing.
“Ramai yang terkejut dengan pilihan saya, tetapi saya sudah kira. Satu bungkus makanan kucing tiga kilogram (kg) hanya berharga 3.75 franc Swiss dan mengandungi 32 peratus protein
“Ia adalah pilihan paling berbaloi berbanding makanan lain yang saya temui di sini,” ujarnya lagi.
SCMP melaporkan beliau juga secara rutin mendermakan darah semata-mata untuk mendapatkan makan tengah hari percuma.
“Sejujurnya, menderma darah di sini jauh lebih baik berbanding di China. Anda boleh mendapat minuman dan coklat sebanyak yang anda mahu. Anda juga diberikan sandwic, sup, makanan ringan dan gula-gula getah
“Ia seperti bufet. Saya akan susun jadual pendermaan waktu tengah hari. Sup masih panas dan makanannya banyak,” ujarnya.
Di samping itu, beliau turut memberitahu bahawa telah menerima tawaran biasiswa dan akan menyertai program lawatan akademik ke Harvard University, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, beliau menegaskan akan terus mengekalkan gaya hidup jimat walaupun di sana.
Sumber: South China Morning Post