Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Teringin rumah yang cukup lengkap dengan peralatan yang kabinet yang cantik-cantik, orang kata buat sedap mata memandang. Ye lah, kalau baru pindah mesti dalam fikiran setiap pasangan atau individu yang akan trasformasikan rumah mereka kan.
Tak ketinggalan apabila menyentuh mengenai ruangan dapur atau tempat keluarga ‘lepak’ membawang, tentunya tidak lengkap jika tidak ada ruangan kabinet atau meja bar di ruang tersebut. Bila adanya meja bar tersebut, ruangan kosong itu akan tampak lebih kemas dan teratur.
Ikuti perkongsian Atam Ayu di laman Facebooknya mengenai cara dan tips mudah untuk jimatkan wang tetapi boleh dapat satu meja bar yang sangat sempurna dan mewah sesuai untuk ruangan dapur di rumah.

Beli semua peralatan di SINI
Sebenarnya maktam dah lama teringin nak buat bar table ni kat rumah singgah maktam ni.. duk riki hat ikea ok gak.. tapi ikea jauh lepastu maktam takde transport pula nak bawak top dia hat besar-besar tu. Jaid, maktam buat la sendiri.. berbekalkan imaginasi maktam dan paktam realisasikan..
Biasalah isteri sentiasa jadi mandor…

Ok, ni bahan-bahannya.
Papan playwood 12mm 2×4 = 17.50
2 batang kayu inci 2×1 panjang 6kaki= 5.00
5 shelves compactment = 59.90 tesco
Kaki sofa = 2.50/ beli 4 = 10.00
Wallpaper marble jenis pvc = 6.60 semeter
Sesiku L = 2.00
Cat kayu =36 .00
Beli semua peralatan di SINI
Total = 137.00 sahaja…
Siap dah.. jadila.. nanti kita cari stool ye.

Beli semua peralatan di SINI


Beli semua peralatan di SINI


Beli semua peralatan di SINI


Tambahnya semasa dihubungi SK, corak marble yang kita dapat lihat pada meja tersebut hanyalah menggunakan wallpaper jenis pvc. Ia memang akan kelihatan berkilat seperti meja bar yang mahal dan eksklusif.
Jadi, korang takkan tak nak cantikkan dapur korang dengan meja bar yang sangat mudah dan bahan yang senang dicari pulak tu. Tak salah kalau cantikkan dapur untuk isteri lebih semangat lagi untuk memasak.
Sumber: Atam ayue