Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPDNHEP Lancar Ops Menu Di Semua Restoran & Kedai Makan, Kompaun Hingga RM40,000 Jika Peniaga Tipu Timbangan

Gambar Hiasan via Bernama

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan Ops Menu ke atas semua restoran dan kedai makan di seluruh Malaysia, bertujuan untuk memeriksa dan mengambil tindakan terhadap peniaga tak beretika yang memanipulasi harga dan melakukan penipuan timbangan.

Menurut Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam, Ops Menu memberi fokus pemeriksaan terhadap semua premis yang menyediakan makanan siap. Pemeriksaan ini dijalankan di semua restoran dan kedai makan di seluruh negara termasuk kedai makan Melayu, Cina India dan India Muslim, restoran, medan selera.

“Sasaran pemeriksaan adalah melibatkan tanda harga serta alat timbang dan sukat yang digunakan untuk oleh restoran dan kedai makan.

“Untuk kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972, peniaga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM40,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun,” katanya memetik laporan Kosmo.

Tambahnya, piha KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan Dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020 dan boleh dikenakan denda.

Bagi individu bukan perbadanan, denda tidak melebihi RM50,000 boleh dikenakan jika disabit kesalahan, manakala pihak pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan sama akan dikenakan kompaun tidak melebihi RM100,000.

Sumber: Kosmo