Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keputusan SPM 2025 Akan Diumumkan Pada 31 Mac 2026 - KPM

Athirah
Tarikh Keputusan SPM 2025
Kredit: Bernama

Keputusan SPM 2025 Akan Diumumkan Pada 31 Mac 2026 - KPM

PUTRAJAYA, 9 Mac — Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026 (Selasa).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2025 yang dilaksanakan di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah bermula jam 10.00 pagi pada tarikh pengumuman tersebut.

Bagi calon persendirian pula, mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi mendapatkan keputusan.

Calon boleh menyemak keputusan melalui 2 kaedah dalam talian

Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui dua kaedah dalam talian:

Pertama, melalui laman sesawang myresultspm.moe.gov.my bagi mendapatkan slip keputusan SPM bermula jam 10.00 pagi, 31 Mac 2026 sehingga jam 6.00 petang, 6 April 2026.

Kedua, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip:

SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Untuk makluman, perkhidmatan ini akan diaktifkan pada 10.00 pagi, 31 Mac 2026 sehingga 6.00 petang pada 6 April 2026.

Dalam kenyataan sama, KPM turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2025 atas usaha dan pencapaian mereka.

Kementerian turut berharap kejayaan yang diperoleh akan menjadi pendorong kepada para pelajar untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.