Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

KPN Beri Fokus Lima Kluster Utama Menuju Pembinaan Negara Bangsa

Azzwin

KPN Beri Fokus Lima Kluster Utama Menuju Pembinaan Negara Bangsa

PUTRAJAYA, 20 Januari 2026 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan memberi fokus kepada lima kluster utama menuju Pembinaan Negara Bangsa sepanjang tahun ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara ketika menyampaikan ucapan amanat tahun baharu 2026, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, lima kluster tersebut ialah Tunas MADANI yang bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berjiwa patriotik dan berperanan sebagai ejen perubahan sosial yang harmoni.

Bagi mengangkat peranan institusi sosial di lapangan pula, KPN memperkenalkan Komuniti MADANI sebagai pemangkin kepada penyatupaduan di peringkat akar umbi dan kejiranan.

Selain itu, melalui kluster Harmoni MADANI, kerukunan antara pelbagai komuniti akan diperkukuh melalui pemupukan persefahaman bersama, manakala kluster Rakyat MADANI pula akan meraikan kepelbagaian seni, budaya dan perayaan pelbagai kaum di negara ini.

Dalam usaha untuk mengekalkan akar sejarah negara, kluster Warisan MADANI akan memainkan peranan penting dalam memelihara promosi dan memartabatkan khazanah budaya serta identiti negara.

YB Datuk Aaron Ago Dagang berkata, tema “Bersama Membina Negara Bangsa” telah dipilih bagi tahun ini selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang turut mengangkat pembinaan negara bangsa sebagai satu daripada tonggak utama pembangunan dan penyatupaduan rakyat dan negara.

Tambah beliau, tahun ini KPN akan terus melaksanakan beberapa sesi libat urus, perbincangan meja bulat, sesi townhall serta penganjuran Persidangan Negara Bangsa pada September 2026 bagi menghasilkan satu Blueprint Negara Bangsa untuk rujukan terutama kepada agensi kerajaan dalam membuat dasar dan inisiatif baharu.

Dalam ucapannya, beliau turut mengiktiraf peranan semua pegawai perpaduan, kurator muzium, pegawai arkib serta pustakawan sebagai Jurutera Sosial Negara (Social Architects) yang memainkan peranan penting dalam menyemarak semangat perpaduan, memelihara warisan dan memperkukuh usaha pembinaan negara bangsa.

Mengimbas kembali pencapaian tahun 2025, KPN telah berjaya melaksanakan 762 buah program perpaduan meliputi program, kempen dan aktiviti berdasarkan empat ikhtiar iaitu Ekosistem Perpaduan, Eksplorasi Rukun Negara, Harmoni MADANI dan Komuniti Sosio Budaya.

Majlis amanat pada hari ini turut diserikan pelancaran logo rasmi Negara Bangsa, lagu Faham, Hormat dan Terima serta pelantikan rakan media rasmi Negara Bangsa iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).